Monday, December 31, 2012

Imbasan secara lalu 2012


Hari ini hari terakhir di bulan terakhir pada tahun 2012. Besok sudah 2013. Nieya nak buat imbasan sepanjang 2012. Banyak kenangan manis dan pihit semuanya telah nieya lalui dengan gigih walaupun ada tangisan, senyuman, plbagai lah.. Yang penting azam nieya tahun ini  tidak tercapai. Sedihnya. :(

January

* Masuk Poli sem 5
* Dapat voucher buku
* Hamster ku dapat anak. Muchuk..
* Lepak stadium Perak menyaksikan perlawanan bola sepak antara Perak dengan Terengganu
* Memory tepung beday roomate

February

* Bumblebie nieya sakit excident
* Join dak kelas Im pergi Bukit Broga
* Kejadian banjir di Seremban

March

* Keputusan LI keluar dan nieya dapat cemerlang.
* Awal melamar scha
* Nieya lepak Uniti dengan bff nieya di sana Atikah
* Hubungan nieya dan Im renggang.

April

* Tamat exam sem 5
* Buat baju koprat kelas
* Putusnya hubungan antara nieya dengan yang lama. 
* Keluar dengan housemate tengok wayang battleship. Kenangan terindah bersama housemate.
* Dapat hadiah dari ibu semperna keputusan Li cemerlang
* Bumblebie sudah pulih dan sihat. dari excident bulan 2.
* Subang emas pemberian ibu hilang dan Subang tuh arwah atuk yang beri pada ibu.
* Kenal dengan mr. Acham @ aznee alias. di cafe.
* Dapat rantai daripada mr.Acham, kenangan yang paling indah sekali
* 16.4.2012, nieya menerima dia masuk dalam life nieya in relationship with mr.A.
* 17.4.2012, first date kami pergi lumut bersama kak dayah dan berjumpa dengan family mr.A.

May

* Kami sambut hari ibu bersama nenek. nieya dan adik2 beli kek untuk para ibu.
* Terciptanya luahan nieya yang nieya buat sekali dua
* Muchuk mati. :( kenangan pahit.
* Nieya pergi ikut ibu pergi padang mps semperna sambutan hari guru bersama MB
* Percutian nieya bersama mr.A di peneng 
* Hadiah istimewa yang nieya dapat pada 26.5.2012 dri buah hati nieyA
* Kisah pada sambutan beday niieya
* 1st time dalam hidup nieya joging kat city park

June

* 1st time tidur rumah bf 
* Makan durian bersama abah
* Murni datang seremban tidur rumah ku lepak bersama dia , sambut besday bersama dia.
* Kami sudah layak mengundi. kami sudah mendaftar anda bila lagi ?
* Kenduri arwah atuk
* Selamat sampai di Jb,   Makan di Senibong
* Percutian kami sekeluarga ke Singapore, lepak di US, part 2 singapore
* Lepak di mccafe singapore
* Sambut besday nieya n syifa di Kg baru rumah nenek bersama keluarga K.L. Sweet memory
* Bilik ku renovate

Julai

* Beday ibu
* Menanti ramadhan
* New Semester sem 6
* Dugaan melanda sedinya 
* Date bersama mr.A
* Jalan di kelly castle
* Sambut beday mr.A pada 26.7.2012.   Part 2

August

* Kembalinya kawan baik kami ke rahmatullah.  Semoga arwah Atika(toko)  tenang di sana
* Iftar ramadhan bersama classmate
* Hari Raya Aidilfitri
* Raya bersama abah di KL

September

*  Dapat BB baru.. 
*  Lepak teluk batik bersama eyka, wan, aul dan peah serta mr.A
* Kaki ku terseliuh di lumut

October

* Jalan-jalan di Cameron Hailand
* Pergi Taiping jumpa abah 1st time boy jmpe abah
* Arwah atuk belah mama meninggal pada pagi raya aidiladha

November

* Perbentngan projek akhir (VIVA)
* Blog bertukar wajah
* Percutian ke Melaka bersama dengan keluarga KL
* Bercuti di PD dengan boy bersama family nieya

December

* Makan di Ioi palm garden
* Dapaat baju Peplum
* Result PMR adik syaidi
* Tentang kami
* Spegethi
* Selamat pengantin baru yana dan fuzuan
* 1st time naik ETS ke Ipoh dari KL
* Bercuti di PD Glory beach resort dengan keluarga KL

Imbasan sekali lalu.  Yang lama jadikan tauladan, sempadan, dan kenangan. Tutup buku lama bukak buku baru. Inilah peristiwa yang masih kekal dalam ingatan 2012 yang tak dapat nieya lupakan dan ianya akan sentiasa tercalit sebagai kenangan terindah biarpun ada seketika pahit dan manis. Asam garam kehidupan katakan.. Tanpa asam garam kehidupan hidup kita  tidak seindah yang kita nampak. Bak kata pepatah buang yang keruh amik yang jernih.

Selamat tinggal 2012.

Semasa beday boy

@cameron

kelly castle

bukit broga

melaka

dewan puo dinner

iftar ramadhan bersama dak kelas

raya belah ibu

raya belah abah

mybff

sahabatku murni

tepi pantai hotel glory beach resort

mandi kolam

muzium tentera 

Semoga tahun baru ini lebih baik dari sebelumnya. Amin.. 













...Hanya sekadar mengisi masa lapang untuk berkongsi cerita ...

Sunday, December 30, 2012

ucapan I Love U dalam pelbagai bahasa

Ucapan ' I LOVE YOU ' dalam pelbagai bahasa di seluruh dunia : 



Afrikaans - Ek het jou lief
Albanian - Te dua
Arabic - Ana behibak (to male) , Ana behibek (to female)
Armenian - Yes kez sirumen
Bambara - M'bi fe
Bangla - Aamee tuma ke bhalo baashi
Belarusian - Ya tabe kahayu
Bisaya - Nahigugma ako kanimo
Bosnian - Volim te
Bulgarian - Obicham te
Cambodian - Bung Srorlagn Oun (to female)
Oun Srorlagn Bung (to male)
Cantonese/Chinese Ngo oiy ney a
Catalan - T'estimo
Cheyenne - Ne mohotatse
Chichewa - Ndimakukonda
Corsican - Ti tengu caru (to male)
Creol - Mi aime jou
Croatian - Volim te
Czech - Miluji te
Danish - Jeg Elsker Dig
Dutch - Ik hou van jou
Elmer Fudd - I wove you
English - I love you
Esperanto - Mi amas vin
Estonian - Ma armastan sind
Ethiopian - Ewedishalehu : male/female to female
Ewedihalehu: male/female to male.
Faroese - Eg elski teg
Farsi - Doset daram
Filipino - Mahal kita
Finnish - Mina rakastan sinua
French - Je t'aime, Je t'adore
Gaelic - Ta gra agam ort
Georgian - Mikvarhar
German - Ich liebe dich
Greek - S'agapo
Gujarati - Hu tumney prem karu chu
Hiligaynon - Palangga ko ikaw
Hawaiian - Aloha wau ia oi
Hebrew - Ani ohev otah (to female)
Hebrew - Ani ohev et otha (to male)
Hiligaynon - Guina higugma ko ikaw
Hindi - Hum Tumhe Pyar Karte hai
Hmong - Kuv hlub koj
Hopi - Nu' umi unangwa'ta
Hungarian - Szeretlek
Icelandic - Ég elska þig
Ilonggo - Palangga ko ikaw
Indonesian - Saya cinta padamu
Inuit - Negligevapse
Irish - Taim i' ngra leat
Italian - Ti amo
Japanese - Aishiteru
Kannada - Naa ninna preetisuve
Kapampangan - Kaluguran daka
Kikongo - Muke zolaka nge
Kiswahili - Nakupenda
Konkani - Tu magel moga cho
Korean - Sarang Heyo
Latin - Te amo
Latvian - Es tevi miilu
Lebanese - Bahibak
Lingala - Nalingi yo
Lithuanian - Tave myliu
Macedonian Te Sakam
Malay - Saya cintakan mu / Aku cinta padamu
Malayalam - Njan Ninne Premikunnu
Maltese - Inhobbok
Mandarin Chinese - Wo ai ni
Marathi - Me tula prem karto
Mohawk - Kanbhik
Moroccan - Ana moajaba bik
Nahuatl - Ni mits neki
Navaho - Ayor anosh'ni
Nepali - Ma Timilai Maya Garchhu
Norwegian - Jeg Elsker Deg
Pandacan - Syota na kita!!
Pangasinan - Inaru Taka
Papiamento - Mi ta stimabo
Persian - Doo-set daaram
Pig Latin - Iay ovlay ouyay
Polish - Kocham Cie
Portuguese - Amo-te
Romanian - TE IUBESC
Roman Numerals - 333
Russian - Ya tebya liubliu
Rwanda - Ndagukunda
Scot Gaelic - Tha gra\dh agam ort
Serbian - Volim te
Setswana - Ke a go rata
Sign Language - ,\,,/ (represents position of fingers when signing 'I Love You'
Sindhi - Maa tokhe pyar kendo ahyan
Sioux - Techihhila
Slovak - Lu`bim ta
Slovenian - Ljubim te
Spanish - Te quiero / Te amo
Surinam- Mi lobi joe
Swahili - Ninapenda wewe
Swedish - Jag alskar dig
Swiss-German - Ig liebe di
Tajik Man turo Dust Doram
Tagalog - Mahal kita
Taiwanese - Wa ga ei li
Tahitian - Ua Here Vau Ia Oe
Tamil - Naan unnai kathalikiraen
Telugu - Nenu ninnu premistunnanu
Thai - Chan rak khun (to male)
Thai - Phom rak khun (to female)
Turkish - Seni Seviyorum
Ukrainian - Ya tebe kahayu
Urdu - mai aap say pyaar karta hoo
Vietnamese - Anh ye^u em (to female)
Vietnamese - Em ye^u anh (to male)
Welsh - 'Rwy'n dy garu
Yiddish - Ikh hob dikh
Yoruba - Mo ni fe
Zimbabwe - Ndinokuda
...Hanya sekadar mengisi masa lapang untuk berkongsi cerita ...

Saturday, December 29, 2012

selongkah pc jumpa kenangan...

Daa lama tak bukak pc. Selalu on9 guna bb dan Lappy jerk. Malam nie adik suruh betulkan pc.. sebab window geniue kan.. So alang-alang on pc selongkah folder nieya terjumpa gambar-gambar lama. 


Gambar bear nie. bear ini terlalu comel sangat. Kenangan bersama bear ini. Nieya dan atul pergi teminal beli bear yang sangat comel ini. Berebut-berut antara kami berdua. Tambah lagi kami berdua minat pink. Lepas beli terus snap pic. Tebal dan best peluk bear ini. Tetiba rindu dekat atul dan kawan-kawan uniti.


Gambar ini pula gambar arwah atuk. Waktu ini arwah sakit dan berada di Hospital NCI Nilai. Rindu sangat kat arwah atuk. Al-Fatihah. 


Gambar nieya edit semasa umor 19 tahun. Sekarang dah umor 21 daa..nak masuk 22.. haha



Gambar nieya bersama asiah kat city park.



Gambar bersama family nieya di Kuala Lipis. 


Dan last sekali gambar dan hari paling teristimewa bagi nieya. Sambut beday nieya bersama arwah atuk dan juga family. Time nie nieya paling beruntung kerana sempat sambut beday bersama dengna arwah. Dapat suap kek kat arwah atuk. Tapi gambar tuh tak boleh di upload. 

Sebenarnya banyak lagi gambar tapi tak perlu kot untuk masuk semua. Banyak betul kenangan di pc ini dan ada yang patut di buang. Kenangan lama biarkan ia berlalu kerana itu akan menjadi kenangan silam dan jadikan sebagai satu kenangan dan tauladan. Yang penting sekarang pandang ke hadapan dan tempuhi dengan tabah.. 



...Hanya sekadar mengisi masa lapang untuk berkongsi cerita ...

Friday, December 28, 2012

Dinner with family at Palm Garden Hotel IOI Resort

Petang tadi nieya, ibu dan syaidi pergi Putrajaya dekat Ioi Palm Garden Golf. Inilah 1st time nieya drive masuk putrajaya. Memang tak tahu jalan laa ceritanya tapi nieya main redah jerk berpandukan signboard dan ikut kata hati. Last-last sampai ke Alamanda. Nak tanya orang di mana Ioi tuh tapi tak pe lah redah jerk. Call kawan ibu, dia datang jemput kat alamanda. 



Ioi Palm garden golf nie memang lawa tempat dia. Ala, tempat orang main golf. Kami lepak kat tempat makannya berlatar belakang padang golf. Pemandangan memang lawa siap air pancut..

bila nieya berada di sana

lamb chop rm 20 ...

suasana dalam 

pemandangan luar dari tempat makan

desert banana split


hadiah yang kami dapat dari sana..
Kami pergi sana sekejap jerk. Datang untuk dinner kemudian dah makan balik. Sebelum balik melawat kawasan. Ada swimmingpool, gimm... Seronok jugak laa tempat dia. Tapi tak sempat nak pergi pusing padang golf dan bermain golf sebab kami sampai lewat petang. Ibu kata lain kali kita datang main golf dan swimming.. yeaaahhh.....

swimmingpool

...Hanya sekadar mengisi masa lapang untuk berkongsi cerita ...

Thursday, December 27, 2012

Baju Peplum

Tadi nieya dan ibu pusing satu bandar Seremban cari baju peplum. Sebenarnya dari semalam nieya cari baju tuh lagi. Nieya berkenan kat teminal 1 seremban tuh, ada satu kedai blink2 nama nya. Kain dia lain tau lembut jerk. Kain tak payah gosok. Tapi time nieya pergi malam semalam tutup. Tadi pergi tesco untuk beli baju sekolah adik nieya alang-alang tuh cari laa baju peplum, jumpa tu memang jumpa tapi jenis kain macam tak best. So, nieya cooll down dulu tak putus asa, pergi Jusco seremban 2 pulak. Bayar bil kat pejabat pos. Sambil menunggu tuh pusing pulak satu J.J, jumpa tapi tak berkenan di hati. Kemudian kawan nieya farah call, suruh cepat datang teminal 1 kat kedai yang nieya nak beli baju tuh, sebab tinggal 2 jerk warna merah dan coklat oren gelap macam tu laa... Pukul 7 lebih tadi gerak pergi teminal 1, baju tu dia letak kat bahagian depan dan kat patung, sekali nieya pergi cari baju tu dah tak der. Pusing satu kedai pun tak jumpa, hati dah luluh pedih, sedih jerk, tak puas ati jugak tanya pekerja kedai, dia kata ada lagi dua jerk, happy sangat2 bila mendengarnya. Dengan pantas terus amik warna merah dan bayar. Tak ada tunggu-tunggu lagi. hehe.. muka ada senyum bila dapat baju tuh. Sampai rumah ibu bagi nieya baju peplum yang lawa punya. belakang dia macam berekor. Memang lawa. Baju ibu dulu. So nieya dapat 2 baju peplum untuk hari ini..  Happy tak terkata.. Alhamdulilah...

Baju peplum nie sebenarnya baju lama. Dia just update sahaja. Ala baju arwah Saloma dulu-dulu. Lawa kowt.. Tapi bila nieya pergi tanya kedai baju peplum dorang tak tahu baju apa. Bila tunjuk baju tu baru dorang tau dan tanya kat kita balik nama dia apa?? nieya cakap laa peplum.. haha.. kelakarnya, korang jual korang tak tahu nama nya..

Dan paling seronok hari ini dapat berjalan sakan dengan ibu dan syaidi. Mood ibu pun hari ini ok jerk. Happy sangat-sangat dapat luang kan masa macam ini. Kan best ibu selalu macam ini. :) Thanks ibu. sayang ibu sangat-sangat. Sayang abah jugak sebab bagi duit untuk beli baju peplum. hehe.. :)


Inilah baju yang nieya beli tuh. Baju ini warna merah. Kalau di padankan dengan kain warna oren memang lawa. Warna block. Sesuai sangat. Nampak tak dalam tuh ada kain warna oren. 

Bahagian depan


Bahagian belakang

Inilah baju yang ibu nieya beri pada nieya. Dalam gambar ini tak nampak sangat baju dia macam mana. Tunggu nieya pakai baju ini dan upload dalam blog. Unik baju dia.

Tak sabar untuk ku memakainya.. 


...Hanya sekadar mengisi masa lapang untuk berkongsi cerita ...

Sunday, December 23, 2012

Kenangan pada 22/12/2012... :)

Hari yang di tunggu-tunggu kini sudah berlalu. Nak tahu hari apa yang nieya tak sabar dan menanti dan menunggu...?? Tentulah 21 dan 22/12/2012.. Sebab hari 21 tuh nieya pulang Seremban bersama bf nieya dan kawan nieya, untuk menghadiri majlis perkahwinan kawan kami iaitu yana pada 22/12/2012.

Kami bertolak dari ipoh petang dalam pukul 6 lebih macam tuh kami ikut jalan lama, jimat sikit. Kemudian sampai Seremban pukul 12 tgh malam. Kami terus lepak dengan bff nieya fara.. Lepak minum jerk..
Balik rumah pukul 2.30 pagi. Nasib adik nieya tak tidur lagi lau tidak kena lah call ibu suruh bukak pintu.

Berhenti seketika di petronas. 

Pagi lagi kami dah bangun untuk bersiap. Excited laa kononnya.. Member nieya nie duduk di Bandar Seri Jempol Negeri Sembilan. Dari rumah nieya adalah lah makan masa 2 jam.. Yela, tolak pukul 10 lebih sampai pukul 12 tghari. Ikut Pilah dengan jem nya, tak leyh buat laju, lagi pun jauh. 

 Malas la nak taip panjang-panjang.. tengok lah jerk laa gambar.

Hantaran..
dan yang paling mahal... kami sama tema ngan pengantin.. 

masuk rumah

yana dan fuzuan.. Pengantin baru.

nieya bersama mr.acham.. blue ikut tema ok..

Kemudian kami pergi Gemenceh, Bukit Rokan sebab abah call suruh datang amik rambutan. Dengan senang hatinya kami pergi kampung mama nieya amik rambutan. Yang paling menyampah sekali banyak lak tuh nyamukk..

bersama nony mmber nieya.. di kebun..
suasana di kebun apabila pokok dah di tebang

nieya bersama rambutan
mr.acham buang daun rambutan ekk.. rajinnya..
Bila malam menjelma kami mr.Acham, nony, my bff fara n asiah serta fizi keluar makan bersama. Lepak kat Ampangan jerk.. happy sangat dapat berkumpul. Gambar tak der laa..  

Hari yang menyeronokkan di penghujung bulan 12 bersama kawan-kawan serta bf. Kenangan yang tak dapat di lupakan. Apa pun, ucapan buat yana : 

Selamat pengantin baru buat sahabat nieya yana bersama suami nya yang tercinta Fuzuan. Semoga korang bahagia hingga ke anak cucu. 















...Hanya sekadar mengisi masa lapang untuk berkongsi cerita ...

Wednesday, December 19, 2012

Result PMR

Alhamdulilah... Hari ini keputusan PMR keluar. Adik nieya yang bongsu Syaidi tuh dapat 5A 3B. Agak terkejut nieya dengan keputusan dia.. Yelaa dia tuh main game jerk keje dia. PSP, game komputer, dlu PS 2. Nasib ps 2 dia daa jual tinggal psp jerk .. Kalau dia usaha lebih tuh dapat 8A tuh. Tapi itu dah cukup memadai.. Dia sahaja yang tinggal untuk membuat kan ibu n abah bangga.. Dia sahaja harapan nieya sekeluarga. Sebab nak harap kan kakak n abang dia, memang tak sepandai dia. Nieya harap dia boleh buat ibu dan abah bangga dan membuat abah n ibu gembira. Adik bf nieya yang kakak tuh, dapat 8A. Alhamdulilah berjaya. Gembira dengar.

Alhamdulilah... Tahniah buat adik ku Syaidi dan Azeera kerana berjaya dalam PMR. Tingkatan 4 nanti jangan nak honeymoon pulak.. strugel untuk SPM nanti. SPM itu yang penting okeyhh.. Kepada calon PMR, tahniah kepada yang berjaya dan yang tak berjaya itu jangan lah putus asa.. Usaha untuk SPM pulak. SPM itu yang penting ....



...Hanya sekadar mengisi masa lapang untuk berkongsi cerita ...

Saturday, December 15, 2012

Tentang kami

Hari ini nak cerita sedikit tentang bf nieya serta kehidupan kami bersama. Dah lama tak bukak cerita tentang ini. Semperna hampir genap 8 bulan nieya nak cerita sikit laa.. Alaa baru 8 bulan bukan setahun tapi bagi nieya ianya cukup untuk dihargai. Bukan untuk menunjuk-nunjuk atau hendak di bangga-banggakan. ia hanya sekadar mengisi masa lapang dan untuk berkongsi sahaja.

Semakin hari semakin dapat kurasakan hubungan ini seperti bunga yang kembang kuncup. Walaupun kami bersama seperti belangkas di Ipoh bak kata 7E, 24 jam sentiasa bersama kecuali masa untuk tidur dan kelas sahaja tidak bersama. Tetapi kehangatan itu di rasai di Ipoh, bila masing-masing balik kampung halaman, semuanya hilang, terasa macam jauh, senang cerita sunyi sepi. Mesej dah memang jarang, call sekali sahaja. Menunggu panggilan atau sms darinya satu kewajipan tetapi kehampaan tetap ada bila dari pagi tak ada satu panggilan atau mesej, nasib malam dia call itu pun macam hambar. Kenapa begitu?? Mungkin ia nak rasa berenggang kerana 24 jam melekat? Mungkin nak space? Entah lah.. Apa pun fikir positif. Jangan lah negatif. Percaya kepadanya itu adalah benda yang paling penting dalam perhubungan.

Pejam celik pejam celik kejap lagi genaplah hubungan kami 8 bulan. Sekejap rasanya dah cecah 8 bulan. Dalam tempoh 8 bulan tu pelbagai rintangan kami lalui, pelbagai suka duka kami tempuhi bersama-sama. Ada yang dengki dengan hubungan ini, tapi itu lah semuanya dugaan. Alhamdulilah, kami tempuhi bersama. Pelbagai percutian kami bersama, percutian bersama family, kawan-kawan. Seronok pun ada, sedih pun ada. Berkongsi apa sahaja antara kami selama 8 bulan. Nieya harap kami kekal sebegini sehingga jejak ke palamin dan terus kekal hingga ke akhir hayat. Nieya berharap bf (Aznee) nieya nie jodoh nieya. Amin.

Nieya bahagia sangat dengan dia. Setiap hubungan ada kelainannya. Nieya selesa bersamanya. Kami couple tapi dalam masa sama kami buat seperti persahabatan. Tiada panggilan specifik buat kami, hanya sy awak kekadang ikut done saja nak panggil apa. Bebas tetapi kenalah berwaspada jaga hatinya, yang paling penting kejujuran dalam perhubungan.

Pengorbanan yang paling nieya tidak pernah lupakan ialah dia sanggup hantar nieya balik Seremban waktu nieya terseliuh kaki. Sedangkan esok kelas bermula, hantar nieya pergi hospital Manjung, kemudian gendong nieya pergi urut, urut tuh tingkat 2 kena naik tangga. Terlalu besar pengorbanan dia sampai nieya terharu sesangat. Dah tuh tunggu nieya boleh jalan sikit, jemput balik Ipoh. Habis sem, hantar nieya balik seremban, Mula sem Jemput nieya balik ipoh. Dia dari Manjung tau bukan dekat tuh. Memang pengorbanan yang tak dapat nieya lupakan. Layan karenah nieya semuanya lah. Nieya tak dapat nak balas budinya melainkan ucapan terima kasih yang tak terhingga dan nieya akan menjaga hubungan ini.

di Melaka ketika nieya dalam kesakitan.. waktu ini kaki terseliuh.


Klik untuk baca selanjutnya......


...Hanya sekadar mengisi masa lapang untuk berkongsi cerita ...

joke



An old man walks into a bar, sits down, and starts crying.
The bartender asks, “What’s wrong?” The old man looks at the bartender through
Teary eyes and between sobs says, “I married a beautiful woman two days ago. She’s a natural blonde, twenty-five, intelligent, a marvelous cook, a meticulous housekeeper,
Extremely sensitive to my wants and needs, very giving, my best friend, and intensely passionate in bed.”
The bartender stares at the old man for a brief moment and says, “But that sounds great! You have what every man wants in a woman, so why are crying?”
The old man looks at the bartender and says,

“I can’t remember where I live!”
...Hanya sekadar mengisi masa lapang untuk berkongsi cerita ...

Saturday, December 8, 2012

Ayat Maut Seorang Perempuan



1. Ok. Fine!Wanita selalu menyebut perkataan ini jika merasa diri mereka betul dan ingin mengakhiri pertengkaran. Lelaki perlu diam. Tak perlu bersuara jika ingin meredakan keadaan.

2. Bagi saya 5 minitHah! Ini memang selalu berlaku. Lebih-lebih lagi kalau nak bersiap keluar pergi jalan-jalan. Amboiiiiiiii. Bukan main lagi nak melaram dan mekap. 5 minit yang mereka cakap sebenarnyer bermaksud 5 jam. Dalam 5 minit yang mereka cakap, lelaki sempat pegi lepak kedai mamak layan bola, balik rumah balik.

3. Tak ada apa-apaAyat ini menunjukkan wanita sedang cuba untuk bertenang dan cuba menyembunyikan sesuatu. Mereka menyimpan perasaan marah dalam hati sebab tak nak memulakan pertengkaran. Biasanya pertengkaran seperti ini berakhir dengan aman.

4. Pergilah buat! Tadi kata nak sangat!Ini adalah cabaran bukan kebenaran. Wanita sebenarnyer tidak memberi kebenaran tetapi hanya ingin menduga lelaki. Jadi, jangan buat.

5. Keluhan kuatIni sebenarnya adalah satu ayat. Wanita akan bertindak sebegini jika mereka merasakan tiada guna menghabiskan masa untuk bertengkar berkenaan perkara yang tidak patut dan tiada penting baginya.

6. Tak apa lahJika wanita berkata demikian, bermaksud mereka berfikir dalam-dalam tentang bagaimana dan bila anda menerima akibat kesilapan anda

7. Terima kasihWanita berterima kasih kepada anda dan jangan persoalkannya. Jawab saja “sama-sama”. Tetapi jika wanita berkata “terima kasih banyak-banyak ye!”, itu bermakna wanita bukan berterima kasih tetapi menyindir lelaki. Jadi, jangan jawab “sama-sama”… hehehehe

8. Apa-apa aja lah! (atau dalam bahasa inggeris, whatever!)Ini adalah cara paling sopan bagi wanita untuk mengatakan F**K You!. Jadi awas ..jangan dapat ayat ini wahai lelaki.

9. Jangan risau, saya dah tau macam mana nak buatWanita berkata demikian selepas mereka berkali-kali menyuruh lelaki berbuat sesuatu perkara tetapi akhirnya mereka yang buat sendiri.

Itulah serba sedikit ayat-ayat maut yang sering diucapkan oleh wanita dalam situasi dan keadaan yang tegang. Apa kata wanita? betul atau tidak .. hanya mereka yang boleh memastikannya …

...Hanya sekadar mengisi masa lapang untuk berkongsi cerita ...

Wednesday, December 5, 2012

bertemu bff. . .

hai...hai.. hai...
Happy nya hari ini.. Dapat lepak dengan bff tersayang.. hehe...
Dah lama rasanya tak lepak bersama dan tadi baru dapat lepak bersama..
Seperti biasa lah kalau jumpa mesti ada story moly kan ... Tentang kami semua.. Luahan masalah laa..
Tadi saya jemput Asiah kat tempat kerja dia kat pearlhaya Senawang.. Sebelum tuh saya pergi ampangan jemput fara.. Sempat lagi tuh makan nasi kat rumah dia.. mak dia masak lauk sambal ikan bilis+petai.. my fav tuh.. tapi petai saya tak makan...  Kemudian baru pergi jemput asiah nthen lepak kat bandar baru senawang kedai makan.. Yummy... Kat situ laa bermula nya cerita kami..

Opss... tadi kami keluar tak snapp picta.. laaa... Gambar lama jerk leyh tunjukk.. hehe... nie laa bff nieya..


me, asiah, fara

pastu kami lepak rumah asiah kejap makan kek coklat.. Sedapp sangat.. tapi apakan daya perut full so tak boleh masuk semua..


Ok.. yang atas nie gambar tadi.. Nie kat rumah asiah. Nie anak buah asiah.. comel sangat-sangat n manjaa.. sweet kan.. hehe..

Ok laa... Sampai di sini sahaja dahulu.. nanti sambung-sambung lagi..
Cuakk nya tak lama lagi keputusan keluar doakan nieya lulus semua subjek..
Amin...
Daaa semua....
Salam.





...Hanya sekadar mengisi masa lapang untuk berkongsi cerita ...

Tuesday, December 4, 2012

Keburukan menggunakan laptop tanpa bateri



Pendapat mengenai penggunaan laptop sambil mengecas bateri membuatkan jangka hayat bateri menjadi pendek dan merosakkan bateri. Tetapi, tahukah anda sebenarnya menggunakan laptop secara langsung tanpa menggunakan bateri berpotensi untuk merosakkan komponen-komponen tertentu di dalam laptop.

Hal ini disebabkan oleh arus elektrik akan menuju secara langsung ke hardware tanpa melakukan penyesuaian tenaga sehingga kompenan hardware laptop anda menerima tegangan elektrik yang berlebihan dan mempercepat kerosakan. Selain menyimpan daya, bateri juga sebenarnya bertindak menyesuaikan arus yang masuk ke komponen-komponen laptop agar tidak terlalu tinggi.

Lebih-lebih lagi jika terjadi litar pintas dan arus elektrik yang tidak stabil, ia tentunya sangat membahayakan motherboard dan hardisk laptop anda. Adalah lebih baik bateri laptop yang mengalami kerosakan daripada motherboard ataupun hardisk yang harganya lebih mahal dibandingkan dengan bateri yang secara puratanya mampu bertahan antara dalam jangka hayat 2-3 tahun.



...Hanya sekadar mengisi masa lapang untuk berkongsi cerita ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket
Photobucket