Wednesday, May 25, 2011

tinggal sehari detik sahaja.....

hari ini bermacam-macam benda yang berlaku... selalunya hari ini aku happy dan tak sabar-sabar untuk menanti esok hari. sebab apa??sebab besok burfday aku... tapi hari ini......hurm....

1st, aku kena marah dengan ibu sebab tak pergi rumah nenek. aku tunggu ibu... aku hari ini hilang sabar tengok ibu marah dan bising.. aku menjawab... dalam aku menjawab tu, aku menagis,coz aku tak biasa dan tak boleh melawan ibu.. dah laa dalam masa sama aku tak makan lagi dari pagi..  aku lapar sangat tunggu ibu balik pukul 5 lebih.huhu.. aku menangis walaupun dalam hati,tapi air mata ku keluar mengalir.. aku pandang muka ibu. aku berkata dalam hati...kaklong minta maaf sebab melawan ibu sebab tak tahan dengar ibu bising. kak long nak ibu haapppy balik rumah.... kemudian.... aku tengok tv macam biasa.dalam masa sama,ada cerita sedih tentang ibu dan anak..lagi lah menyayat hati aku..nak meleleh jerk air mata ini.. aku try untuk berbaik semula dengan ibu. cakap n tanya .... ibu jawab dengan ok...

malam, abah ajak keluar.. jarang sekali dia menyambut hari lahirku tanpa aku bagitahu yang esok birthday ku. tapi abah n mama ingat birthday ku.. aku terharu...abah bawa aku, mama makan kfc. rasa happy.. tapi aku lupa nak ambil gambar.. biar lah ia menjadi kenangan dalam ingatan ku.. abah n mama lah yg 1st wish birthday at aku.. thanks abah n mama.. abah belanja aku kfc, mama beri hadiah... happy sangat.. semoga abah dan mama di panjangkan umur dan di murahkan rezeki. tapi.... ada satu perkara yang membuatkan aku sedih dan berbelah bagi. pasal raya nanti... aku dengar luahan abah, dengar luahan ibu,makngah... aku tak tahu macam mana dah nak buat.. di telan mati emak, di luah mati bapak.. berat sangat.. ya Allah sesungguhnya dugaanmu sungguh berat untuk aku ya allah. semoga allah mempermudahkan nya.. amin...
balik, sampai rumah ada cerita tentang kejadian tanah runtuh.. huh... sayu hati aku tengok jenazah mereka di kebumikan.. kecil-kecil sahaja jasad mereka.. semoga mereka tenang di sana.... dan allah berikan lah syurga pada mereka kerana mereka tidak banyak buat dosa.. masih suci lagi..

hurm... tak sampai lagi beberapa jam sahaja..... umurku akan masuk 20 tahun.. aku nak jadi seorang yang matang dan solehah... tak menyusahkan sesapa sahaja.... tapi..mampu ker aku?? insya-Allah...
...Hanya sekadar mengisi masa lapang untuk berkongsi cerita ...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket
Photobucket