Wednesday, June 15, 2011

Semuanya ada Hikmah


Hidup ini berbagai-bagai dugaan dan cabaran. Lain orang lain pula dugaan yang di beri oleh Allah. kita sebagai manusia, hamba Allah, perlu kuat dan tabah ketika menempuhi dugaan. Setiap dugaan mesti ada hikmah nya..  kita kene ingat, kadang-kadang kita berdoa untuk kuat tapi kenapa banyak dugaan, kadang-kadang kita minta cerdik tetapi masalah lain pula yang timbul, kadang-kadang kita minta kebahagiaan tetapi huru-hara pula jadinya. Dugaan menjadikan mental kita kuat, masalah menjadikan kita berfikir, huru-hara menjadikan kita tabah.  Hebat tak Allah. Semua ada hikmah. telah berkata Jibrail : Wahai tuhan, engkau sampaikanlah hajat hambamu, maka Allah menjawab: biar kan hamba ku itu, kerana aku mencintai rintihan suara. 

Pekara yang paling tidak boleh aku lupakan ialah, saat berpisahnya ibu dan abahku. (cerai). Sewaktu kejadiaan ini berlaku, umurku masih dalam tingkatan 1 hingga 3.  ketika itu fikiran ku tak matang lagi, dan aku tak tahu macam mana hendak mengatasinya. hurm.. dan waktu itu juga aku tak tahu bahawa ibu dan abah ku nak berpisah. aku tahu-tahu sahaja mereka dah berpisah. memang sebelum itu aku dah nampak mereka renggang. dah tak rapat. tapiaku tak terfikir pula jadi macam ini. mereka berpisah kerana buatan orang, sedangkan ibu dan abah saling mencintanya. 

Sekarang bulan enam, bulan tujuh puasa. dan bulan lapan raya. Selama mereka berpisah, aku tak pernah raya belah abah pada pagi raya. Raya belah abah pun selepas raya, paling awal petang raya. Pada raya tahun ini, abah mengajak aku dan adik beradik raya belah abah di K.L. Walaupun nenek dan atuk tak ada lagi, tapi dia nak rasa beraya dengan anak-anaknya. Aku jadi berbelah bagi. sama ada nak ikut ibu atau abah.  ada suatu hari tu, aku terluah pada ibu pasal raya. ibu x cakap banyak. dia hanya jawab, ibu tak kata tak bagi dan ibu pula tak kata bagi. kau fikirlah adik beradik. aku terdiam seketika. hanya ketawa buat-buat sahaja. Kemudian       aku beritahu makngah,  makngah kata pula, raya sini sahaja lah, bcoz, atok baru sahaja meninggal, pak lang belum tentu balik, keluarga skit, harapkan makngah seorang anak, ibuku, tiga orang anak. paklang 4 orang anak, tapi belum tentu dia balik. lagi pun di K.L, nenek dan atok takda, tinggal saudara sahaja. sini ada nenek. nak raya sana, petang raya lah. aku terdiam dan hanya mampu cakap I.Allah sahaja. 

Pada malam 25.may.2011, abah ajak aku keluar pergi makan dan sambut sekali birthday ku pada 26.may.2011. kami buat awal.  ketika perjalanan pulang, aku terlepas cakap pada abah pasal raya ini. abah luahan isi hatinya pada saya, mama,dan adik, dah lima tahun abah bagi peluang untuk kamu semua raya dengan ibu dan nenek. bukan senang abah nak cuti dan beraya dengan anak-anak abah pada pagi raya. lima tahun sekali baru dapat beraya dengan anak-anak abah. korang kena ingat, kamu semua ada bapak lagi. bukan tak ada. abah berhak mengambil kamu semua untuk beraya dengan abah. aku terkaku dengan kata-kata abah. tak terjawab aku, malah air matu aku meleleh.. aku tahan sahaja. abah tak pernah kata macam ini. aku jadi di telan mati bapak li luah mati emak. aku cuba berbincang dengan kawan-kawan aku dengan tunang aku, tapi mereka hanya dapat menjawab pergi jerk laa raya dengan ibu. kawan ku pula cakap raya dengan abah.. nak berbincang dengan adik beradik, mereka hanya menjawab tak tahu sahaja. bila di luahkan pada kawan-kawan, mereka dapat menjawab raya belah ibu o abah. tapi yang laluinya aku. bukan senang untuk aku membuat keputusan. jika aku memilih ibu, abah pula yang terasa hati. bila pilih abah, ibu pula yang kecewa. hanya Allah sahaja yang tahu apa yang aku laluinya. perasaan aku. sampaikan aku tak ada langsung mood untuk beraya. ya Allah, tolonglah hambamu ini dalam masalah ini. tunjukkan lah aku jalan keluar yang terbaik untuk hambamu ini. 

bukan itu sahaja, kalau hari biasa, abah ajak tidur K.L, hati ku rasa serba salah untuk tinggalkan ibu keseorangan di rumah. kalau dah dua-dua ajak keluar di hari sama, waktu sama, lagi lah aku terpukau. tak tahu nak wat macam mana lagi. tapi itu semua dugaan dan cabaran untuk aku. masalah membuatkan kita menjadi lebih matang. hidup kena teruskan walaupun apa pun dugaan berlaku. aku still sayangkan ibu dna abah ku lagi. tapi hikmah di sebalik semua ini, abahku mendapat penganti yang baik sangat, dan alim. walaupun alim, otak dia dan aku sama. boleh masuk. aku senang dengan dia. aku panggil dia mama. dia baik sangat. dia anggap kami adik beradik macam anak dia sendiri. alhamdulilah, abah jumpa penganti yang baik. yang selalu memberi kami semua semangat dan nasihat. yang banyak menolong kami adik beradik. terima kasih Allah kerana kurniakan kami mama yang baik.  tengok an,.. setiap benda yang berlaku, semuanya ada hikmah. justeru itu, kita kena banyak bersyukur, dan terima apa yang terjadi dengan ikhlas dan rela hati. kerana di sebalik itu, semua ada hikmah dan makna tersendiri.

bersama ibu

bersama mama
bersama abah

keluarga ku yang tercinta,orang yang aku sayang.




...Hanya sekadar mengisi masa lapang untuk berkongsi cerita ...

2 comments:

Syara Mohammad said...

hey girl...
i hope you are strong over there.
well... i would like to say something.
just take a deep breath and think wisely, okay?

syara bukan di tempat thania. syara tak alami ape yang thania alami. alhamdulillah, thania masih bahagia walaupun dihujani perasaan serba-salah dan keliru. bagi syara, bagilah peluang untuk abah thania pulak tahun ni. kadang-kadang thania, kita kena pentingkaan diri sendiri baru fikir orang lain. syara bukan nak suruh thania derhaka pada ibu, tapi apa yang abah thania cakap ada bernasnya. thania masih punya kedua ibubapa.

ibubapa perlu sedar akan hak anak-anak. bukan salah thania mereka pilih untuk berpisah. ibu thania beruntung sebab anak-anak duduk dengan ibu. kali ni, bagilah peluang untuk abah pula. petang raye, thania baliklah raye dengan ibu pulak. okay?

apa-apa pun thania, sementara masa masih panjang, syara rase lebih baik thania tenangkan fikiran dan buat solat istikharah. minta petunjuk pada Allah... lepas dapat jawapan, thania buat solat hajat. minta supaya hati abah dengan ibu dilembutkan. agar mereka dapat terima keputusan thania. adik-adik pulak, terpulang pada mereka nak pilih siapa. mereka patut lebih kuat kerana mereka lelaki. betul tak?

apa yang syara cakap ni, hanya pendapat. maaf sangat kalau buat thania makin susah hati dan sedih. sikit pun tak terniat nak susahkan thania. harapnya, thania tak susah hati. moga sentiasa ceria... syara doakan yang terbaik buat thania. insyaAllah...

Unknown said...

terima kasih syaraa.... thania hargai semua kata-kata syara tu... thania terima..thanks kerana bagi semangat kat thania. bagi pendapat.. serba skit, syara tau tntang keluarga thania coz kita pun saudara juga, thania terharu dengan kata2 syara.. thania tak tahu nak kata apa lagi. semoga allah memberi kebahagiaan dan perlindungan kepada kamu ... bgi thania, kalau dengan family, thania tak fikir apa2 dah. just pentingkan hati dorang. kerana allah just pinjamkan dorang untuk thania.so thania nak hargainya. kalau tak, thania akan menyesal. i.allah, thania akan ikut abah. thanks a lot.. semoga allah membalas budi baik syara... terima kasih sekali lagi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket
Photobucket