Tuesday, August 9, 2011

serabut-sarabot

balik semalam dari kerja, terus lending atas katil.. sebab waktu tu kepala sakit sangat.. hope hari ini tak macam semalam.. amin.. hurm. pastu, ibu kejut nak pergi melawat nenek di KPJ.. nia pown bangun laa mandi, terus pergi KPJ n pergi rumah nenek. dalam perjalanan pergi rumah nenek... hurm.

nia kena membebel dengan ibu. bukan membebel sebab apa. sebab abah. rupanya abah nak jumpa paklang sangat sebab nak suruh paklang balik raya awal coz abah nak bawak kami adik beradik raya kL tahun nie. hurm. nia tak habis fikir lagi. ibu nia membebel tapi nia dapat rasakan yang hati dia sedih untuk berpisah dengan anak-anak dia. dia pulak sorang. macam abah ada mama. jup2.. nanti nia cerita. ibu marah laa, tahun nie baju raya suruh abah beli. kata nak pakai sedondon kan.. pergi laa.. pergi.. nia senyap jerk.. air mata nak jatuh, p nia tahan.

nia bukan apa. tiba-tiba nia terfikir disebabkan ibu bapa bercerai, anak-anak jadi mangsa. pastu macam family nia dorang semua tekan kan kat nia. semua nya lepaskan kat nia. nia jadi tertekan. memang laa bagi korang,korang boleh laa cakap, ala apa nak fikir sangat. raya jerk belah ibu, wat dono jerk, raya jerk belah abah, tak payah fikir sangat, pasal benda kecik pown nak besar kan.. korang leyh laa cakap apa2 pun, coz korang tak laluinya.berat nak laluinya.

kalau pergi raya belah ibu, abah pulak kecewa, dan sebaliknya. sejak ibu n abah divorce, nia n adik beradik tak pernah raya belah abah pada pagi raya. bersama abah. coz abah susah nak dapat cuti.. tahun nie abah baru dapat cuti dalam 5 tahun sekali. daa tu tahun nie pula arwah atuk genap setahun,pastu nenek sakit. so ibu dan makngah mendesak untuk kami raya ngan mereka. dengan alasan yang macam tu. bila bagitahu abah, 1st time abah luahkan" ingat, korang masih ada bapak lagi. ayah korang masih hidup". nia betul2 terkejut. terkejut bila abah luahkan isi hatinya.terkaku nia.

nia ibaratkan kami nie tengah-tengah. yang direbut macam tarik tali. malam tadi ibu bincang ngan makngah sewaktu nia masuk dalam bilik najmi. nia terdengar laa sikit2.. hurm.. tak tahu laa nak cakap apa lagi. bagi nia tahun nie raya memang tak rasa untuk raya. bahang tu tak der. kenapa nia perlu kena macam nie??kenapa?? nia tahu ini dugaan. Allah tak kan pernah beri kita dugaan melebihi tahap yang kita mampu.

ditelan mati mak, di luah mati bapak. susah nak buat keputusan. bila sebut pasal raya, hati mula rasa sayu. sebab nie laa.. an dulu nia pernah cerita dalam blog tentang perkara ini.. kadang-kadang,nia terfikir, alangkah best nyer kalau mereka ini masih bersatu. tak der masalah ini timbul. tapi semuanya dah jadi bubur. masa tak boleh untuk di patah balik. andai kata boleh minta 1 permintaan, nia akan minta untuk mereka bersama semula.

nia malam tadi betul2 tertekan. dengan masalah tu, masalah nie, pale sakit. paling nia tertekan masalah ini. ini melibatkan 2 pihak..tapi banyak hati. nia tak kesah kalau hati nia terluka, tapi nia nak orang di sekeliling nia happy. semalam nia sampai terfikir, ambil lah nia, untuk mengelak mereka kecewa. tapi mereka lebih perlukan nia. kalau nak bawak bincang dengan adik2, mereka hanya tahu cakap tak tahu..terpulang lah.

senyap macam mana pun, diam macam ner pun, sebesar masalah macam mana pun,tetap kita lalui. memang nia dapat apa yang nia nak. memang nia beruntung sebab hidup senang. alhamdulilah. tapi korang semua tak tahu, nia terseksa. terseksa sebab nia jadi orang tengah antara parents nia. terseksa sebab kena jaga hati 2 belah pihak. tambah lagi masalah raya nie. abah nak sangat kami raya dengan dia, ibu pown sama. sampaikan ibu cakap,suka hati korang. korang dah besar.pandai fikir. ibu dah malas nak cakap dah. dengan keadaan macam nie, lagi. sampai macma tu sekali.

p/s = sorry..ayat tunggang langgang. macam ner serabut luahan ini,ayat nie, mcm nie laa pale nia serabut. ganda lagi.

bila nia fikir, nia nak raya ngan abah coz dah 5 tahun tak beraya dengan abah walaupun nenek n atuk belah sana dah takder. lagi pun abah jarang dapat cuti. tapi bila difikirkan balik, ibu keseorangan,tanpa anak-anak dia, nenek pulak sakit, paklang pulak susah nak balik malam raya.cucu nenek tak ramai. mereka lebih perlukan kami. tapi apakah daya. nia tak der kuasa. nia hanya berserah kepada Allah. kerana setiap masalah pasti ada jalan keluarnya.




...Hanya sekadar mengisi masa lapang untuk berkongsi cerita ...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket
Photobucket