Saturday, October 29, 2011

HOBIN JANG HOBIN!!.. N.S berjaya memiliki piala malaysia 2011


alhamdulilah...kegembiraan tak terkata..
akhirnya NEGERI SEMBILAN menjadi juara dalam piala malaysia 2011.
Negeri Sembilan 2, Terengganu 1.

1st gol dari terengganu nieya dah fedup. nieya kata..dah laa tutup tv tuh..
jom keluar pergi hospital..
baru nak keluar, masuk 1 gol Negeri Sembilan...pastu apa lagi..
terus bersemangat lah nak tengok bola..
grrr.... akhirnya, lima minit kemudian masuk lagi 1 gol...
bersorakdan tak sabar hendak menunggu masa tamat..

HOBIN JANG HOBIN

SHAH ALAM: Negeri Sembilan menjulang Piala Malaysia buat kali ketiga selepas mengalahkan Terengganu 2-1 dalam perlawanan akhir malam ini.
Terengganu memulakan jaringan pada minit ke-59 dengan jaringan oleh Mohd Ashaari Samsudin.
Negeri Sembilan berjaya menyamakan kedudukan akibat kesilapan penjaga gol Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee Ramli, yang gagal menangkap kemas sepakan S Kunalan pada minit ke-81.

Lima minit kemudian, Negeri Sembilan berjaya menghasilkan satu lagi gol hasil jaringan Hairuddin Omar pada minit ke-86, memastikan kemenangan untuk Negeri Sembilan.



...Hanya sekadar mengisi masa lapang untuk berkongsi cerita ...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket
Photobucket