Tuesday, November 22, 2011

Malaysia juara bola sepak!! (harimau malaya..)

alhamdulilah.... akhirnya malaysia menang juga semalam dalam perlawanan malaysia bersama indonesia... walaupun hanya panalti tetapi malaysia tetap bersemangat tetap berjuang demi maruah malaysia.  malaysia kalah kan tuan rumah indonesia. argreget 1-1 dengan masa tambahan selama 30 minit, mereka tetap 1 sama. walaupun lama permaianan itu mereka tidak putus asa untuk mencari 1 lagi gol. 


google
dengan adanya khairul fahmi che mat yang pandai untuk menjaga pintu gol.. hehe... beserta dengan baddrol bakhtiar yang menjaringkan gol untuk menyamai 1 sama dengan indonesia. 


google
semalam saya tengok dengan penuh emosi.. rasa kecewa bila indon telah menjaringkan 1 gol. kemudian rasa gembira bila malaysia juga berjaya menjaringkan gol... dan bila dah sama... rasa macam takut, risau dengan permainan mereka. bila indon berjaya menjaringkan gol.. rasa mengalah... indon menang lah ini.. sekali... outside... terus semangat nak tengok.. malaysia go go... kemudian di panalti... rasa risau sangat2..hanya menaruh dan mengharapkan khairul fahmi menjaga gol dengan baik.. alhamdulilah..... akhirnya malaysia mendapat 4 dan indon 3 dalam panalti.. heheheh.. malaysia dinobatkan juara.. naib juara indonesia. bila dah di nobatkan... tiba-tiba rasa menggeletar dan berpeluh-peluh.. nak taip mesej pown sama... itulah namanya aura yang malaysia telah menang... nieya pulak yang terasa..hehehe..


metro


di petik dari harian metro.



"SEPASANG tangan emas, Khairul Fahmi Che Mat sambil dibantu tuah sepakan penalti kemenangan kapten, Baddrol Bakhtiar memastikan Malaysia membawa pulang ‘ibu segala emas’ Sukan Sea Indonesia selepas menewaskan tuan rumah 4-3 menerusi sepakan penalti pada aksi final, semalam.
Pada penentuan sepakan penalti apabila kedudukan terikat 1-1 selepas beraksi selama 120 minit, penjaga gol Khairul Fahmi menyelamatkan sepakan penalti kelima Indonesia, Ferdinan Sinaga ketika kedudukan 3-3.

Sepakan penalti terakhir negara oleh Baddrol cuba ditangkap penjaga gol Indonesia, Kurnia Mega namun bola tetap melepasi garisan gol untuk memastikan Malaysia mengekalkan pingat emas yang dimenangi dua tahun lalu di Laos.


Malah kejayaan skuad kendalian Ong Kim Swee itu mengulangi pencapaian kejuaraan dua kali berturut-turut pada 1977 dan 1979.

Indonesia yang mendapat sokongan padu lebih 100 ribu penyokong yang membanjiri Stadium Gelora Bung Karno melakukan asakan awal ke kubu negara di babak pertama.


Selepas percubaan penyerang Papua, Titus Bonai diselamatkan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat pada minit kedua, gawang negara akhirnya dibolosi menerusi tandukan, Gunawan Dwi Cahyo hasil sepakan sudut dua minit kemudian.



Malaysia kemudian bangkit menyamakan kedudukan apabila larian kapten, Baddrol Bakhtiar ke dalam kotak penalti disusuli hantaran lambung berjaya disempurnakan Mohd Asraruddin Putra Omar yang merebahkan badan untuk menanduk masuk bola ke gawang Indonesia pada m-35.

Bersambung babak kedua, Malaysia hampir di depan apabila serangan pantas yang dijana Irfan fazail gagal disudahkan dengan baik penyerang Ahmad Fakri Saarani biarpun hanya berada dalam situasi satu lawan satu dengan Kurnia Meiga.


Kegagalan kedua-dua pasukan mencipta jaringan menyaksikan permainan berlanjutan ke masa tambahan. Kedudukan tetap kekal 1-1 selepas aksi 30 minit masa tambahan perlawanan sekali gus memaksa penentuan sepakan penalti yang akhirnya memihak kepada Malaysia 4-3.

Pingat gangsa temasya edisi ke-26 ini menjadi milik Myanmar yang menumpaskan naib juara dua tahun lalu, Vietnam 4-1 dalam aksi penentuan tempat ketiga dan keempat."

google


TERIMA KASIH KEPADA PASUKAN HARIMAU MALAYA TERUTAMA KEPADA KHAIRUL FAHMI CHE MAT DAN BADDROL BAKHTIAR... MEREKA TELAH MEMBUATKAN MALAYSIA BANGGA !!
...Hanya sekadar mengisi masa lapang untuk berkongsi cerita ...

2 comments:

nabila faryzza said...

tahu tak, kte tgk jugak malam tu. time penalti laa. taktahan dengar dorang menjerit, at last kte turun jugak bilik tv. HAHA! dapat jugak tgk penalti tu. :D

Unknown said...

@nabila faryzza

hahahhaa..bgs2..kerana sokongkan malaysia sanggup buang perasaan malas tuh.. hehehe... best an tgk panalti.. hehee..tmbah ag bila tgk beramai2...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket
Photobucket