Thursday, December 1, 2011

Ombak Rindu

nieya tak ingat daa..nieya pernah baca ke tak ombak rindu nie.. rasa nya pernah baca... coz dah banyak sangat novel pinjam dan baca.. haha... korang..... hari ini Ombak Rindu keluar di pawagam.. best nyer..  yang pastinya.... esok nieya last pratikal kat Wisma Negeri nie... pastu leyh lah melayan semua... layan semua tuh maksud nyer.... tidur puas, makan puas, bebas dok rumah, tengok tb... dan yang paling penting tengok wayang.. hahaa... sasaran nieya lahhh... nak ajak mr.macham nieya nie.. pergi teman tengok wayang.. dah lama kowt tak keluar...rindu... rerindu sangt2.. so minggu depan kalau tak de halangan kitaorang nak pergi layan Ombak rindu nie.. jom laa tengok sama..hehe.. 


di adaptasi dari sebuah novel ombak rindu..


kebanyakkan cerita novel, da keluar wayang.. tapi....... ada nya tapi tuh... nieya tengah tunggu cerita Andai itu takdirNya.. fulamak... lau cerita tuh keluar pawagam.... pasti meletopp... best sangat cerita tuh... hope nanti keluar jugak cerita tuh kat pawagam....

berbalik pada tajuk asal tuh.... sinopsis dia sebegini rupa....

Filem Ombak Rindu hasil karya novelis Fauziah Ashaari, Izzah, gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha cukup tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bala dalam keluarga mereka.

Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak ayah saudaranya walaupun hatinya meronta.

Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz sanggup 'membeli' Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.

Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?

Filem arahan Osman Ali ini menampilkan pelakon kacak Aaron Aziz sebagai Hariz manakala, Lisa Surihani (Mila). Turut berlakon Maya Karin dan Umie Aida.


Jom serbu Ombak Rindu di pawagam!!!



...Hanya sekadar mengisi masa lapang untuk berkongsi cerita ...

4 comments:

asyrafNAKjadiLEBIHbaik said...

oh tidaaaaakkk...sinopsis dari entry ni membuatkan aku melonjak-lonjak utk tgk citer ni di wayang...damn!...hahahhahaa...

Maya karim berlakon sedih adalah terbaik! berbanding fasha sanda....LOL

to my blog - Acapsuur (>,<)

Thania said...

@asyrafNAKjadiLEBIHbaik

apa lagi..gegar lah pawagam sekarang... hehe

mc'yun said...

thania,x sabar nak tgok sih..
alahai, klu lah aidai itu takdirnya kat pawagam..bezt giler tuu..nangis t'sedu sedan nih..

Thania said...

@mc'yun

hope 1 hari nanti andai itu takdirnya keluar lah pawagam kan.. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...