Thursday, February 23, 2012

aDNAN SemPit2




memang tak rugi duit bila tonton adnan sempit 2 ini. memang best..kelakar. tambah lagi ada pelakon kegemaran titew.. yana.. hehe.. Filem Adnan Sempit 2 dilakonkan oleh pelakon yang tak asing lagi iaitu Shaheizy Sam (Adnan) bersama Intan Ladyana (Nadia) dan Yana Samsudin (Wawa) dan juga Along Cham (Bobby). macam nak tengok sekali lagi jerk.. hehe..

mereka yang terlibat dalam adnan sempit 2 (google)


sinopsis :

Adnan Sempit 2 mengisahkan mengenai hubungan ADNAN dan NADIA selepas berjaya mengharungi pelbagai rintagan dan halangan dalam menjayakan hubungan mereka. Ayah Nadia, DATUK ISNIN tidak merestui hubungan mereka dan meletakkan syarat yang mana dalam masa 30 hari, Adnan haruslah boleh bertutur dalam bahasa Ingeris dan merubah penampilan dirinya. Adnan yang mengalami kesusahan untuk berubah meminta bantuan BOBBY untuk mengajar dan mengubahnya. Bobby selaku kawan baik Adnan sanggup menolong Adnan.

Hubungan diantara Bobby dan WAWA juga mengalami masalah yang mana Wawa mula merasakan yang Bobby langsung tidak berubah dan tidak berusaha demi hubungan mereka. Perkara yang sama berlaku kepada Adnan dan Nadia. Datuk Isnin cuba untuk mensabotaj usaha Adnan untuk berubah dengan menghantar FENDI, sepupu Nadia untuk menggoda Adnan dan membuat Nadia merasa sangsi dengan kejantanan Adnan. Rancangan Datuk Isnin berjaya dan Nadia mula menjauhkan diri daripada Adnan. Adakah Adnan dan Nadia akan bersatu? Mampukah Wawa dan Bobby mempertahankan cinta mereka? Adakah Adnan mampu bercakap dalam bahasa Inggeris? Semuanya akan terjawab dalam Filem Adnan Sempit 2.



shaheizy sam bersama intan ladyana (google)


along raja lawak bersama yana samsudin (google)





...Hanya sekadar mengisi masa lapang untuk berkongsi cerita ...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket
Photobucket