Friday, June 1, 2012

Parking OKU

Sebenarnya dah lama juga laa nieya perhatikan benda ini. Kekadang nieya terfikir, asal lah mereka-mereka ini buat macam ini. Semua nak senang, semua nak depan mata dan semua nak dekat sahaja. Dorang tak fikir ke orang ini lebih memerlukan dari mereka. Selfish betul kan mereka ini. Bila nieya pergi tengok kat kereta yang park situ tak ada pun stiker OKU atau benda yang menunjukkan dia OKU.

Yang nieya nak bincangkan hari ini ialah Tempat Parking khas OKU. Mesti lah kawan-kawan semua pernah nampak tempat parking yang di khas kan untuk OKU. Setiap tempat letak kereta mesti ada tempat khas untuk orang OKU. Terutama di tempat shopping complexx, hospital, berhadapan dengan kedai dan di mana-mana sahaja tempat letak kereta. Senang sahaja nak kenal tempat letak kereta itu kepunyaan OKU atau orang normal. Setiap tempat letak kereta bagi yang OKU mesti lah mempunyai label. Lambang kerusi roda atau pun tulisan. Contoh :



Jika anda ternampak lebel-lebel di atas, kalau anda bukan Orang Kurang Upaya atau nak mudah faham orang cacat TOLONG lah jangan sesekali anda park kereta anda di sini. Jangan pentingkan diri sendiri. Nak mudah sahaja. Tempat parking banyak, apa salahnya jalan sikit. Ini tak semua nak depan mata. Kalau nak dekat sangat park kat dalam shoping komplexx tuh. (geram betul)

Ada dua peristiwa yang berlaku di depan mata nieya. Sekali ketika nieya dekat KFC. Tengah syok-syok menjamu selera, ada lah satu kereta mewah park dekat tempat OKU ini. Nieya pandang saja kereta tu, sehingga tuan kereta itu keluar. Sekali nampak OK jerk. Kali kedua situasi time nieya park kereta kat sebelah tempat OKU. Orang yang park kat tempat OKU ini kereta dia mewah. Sekali dia datang. Nieya tengok sihat walafiat sahaja. Siap pergi shopping dengan anak beranak sekali. Nieya pelik sangat-sangat. Kebanyakkannya nieya tengok orang normal yang park dekat tempat letak kereta OKU ini, kebanyakkannya orang berade. Orang kaya. Banyak duit tapi tak pandai fikir. 

Cuba anda fikir jika orang normal macam kita parking dekat tempat yang di sediakan khas untuk OKU, habis mereka nak park mana?? Sedangkan kerajaan telah sediakan banyak sangat tempat parking untuk orang normal. Kerajaan tak banyak sediakan tempat letak kereta bagi OKU. Jadi kita jangan sesekali selfish. Fikir orang yang lebih memerlukan dan orang yang susah daripada kita. Mereka of course lah memerlukan tempat letak kereta yang berdekatan kerana kawan-kawan pun faham kan mereka macam mana. 

Dalam astro prima atau astro ria ada rancangan tv yang bertajuk "Jangan ambil padang kami", tapi kali ini "Jangan ambil parking kami". 

So....Fikir-fikirkan lah dan selamat beramal... :)

...Hanya sekadar mengisi masa lapang untuk berkongsi cerita ...

1 comment:

Naz said...

org kereta mewah pun OKU jugak..kurang mampu untuk membaca makna dan kegunaan signboard

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...