2/5/2012-Rabu
perjalanan ke Peneng makan masa sejam laa.. lebih kurang . ipoh -> peneng. kami bertolak selepas boy habis paper dalam pukul 2.30 pm ke 3 petang laa.. sampai tol juru dalam pukul 4 lebih. kemudian kami pergi j.j Seberang Prai City (Bandar Perda) untuk bertemu dengan kawan lama nieya iaitu Aini. kawan dari Kolej Uniti dulu. rindu sangat. pastu kami lepak tepi laut sampai ke malam. dalam pukul 8 lebih kami gerak ke rumah nenek boy. kami stay 1 night kat rumah neneknya.
j.j |
with Aini
3/5/2012-Khamis
kami menaiki feri untuk ke pulau. destinasi kami, Bukit Bendera. yang paling best nya.. kami naik keretapi. haha.. sukanya.. bukit bendera sangat lah tenang, lawa... memang hilang semua tekanan bila berada di atas sana. tapi yang tak bestnya... hujan.. nasib baik hujan tak lebat mana pown.. boleh laa untuk redah.
selepas itu, kami gerak ke Batu Ferringhi. lepak dan rehatkan badan. tengok laut.. tak jemu tengok laut. nieya suka sangat2 tengok laut terutama ombak. macam nak jerk stay kat situ. hehe.
bukit bendera |
di bukit benderA |
batu ferringhi |
Kami ke bandar untuk cari jeruk. alah.. biasa lah penang kan popular dengan jeruk. so, belum apa2 lagi daa ada orang kirim nak jeruk kan.. nieya beli jeruk untuk family dan kawan2 nieya. nak tahu satu cerita tak? nieya nie kali terakhir jejak peneng masa umur 2 tahun macam tu laa. yang boy nie tak ingat laa kali terakhir jejak penang bila. kawan kami tu tah ke mana tah. so tinggal kami berdua jerk laa.. sebijik macam honey moon.. dan macam pelancong asing. kami nak pergi cari jeruk, tanya orang kata dalam komtar. so kami gerak komtar. sampai komtar tanya lagi kat mana.. dia cakap jauh dari sini, pusing situ sini lah. nieya macam daa putus asa da. malas daa nak pergi. sekali kami naik teksi. kereta park kat komtar tu. sekali tempat jual jeruk tu ada kat belakang komtar jerk. bukan jauh pown.. kena tipu.. hahaha... kalau tahu jalan kaki sahaja. tak payah naik teksi. mengong nya olang. haha.
Kami dah tak tahu nak pergi mana. nak tunggu malam macam lama sangat, dengan sesaknya... so kami ambil keputusan untuk gerak balik ipoh. perjalanan nak balik ipoh tu, kami lalu jambatan pulau penang. nasib baik tak sesak. sampai ipoh dalam pukul 5 lebih. sampai rumah masing-masing terlena di buai mimpi indah. kepenatan.
jambatan pulau pinang |
4/5/2012-Jumaat
masa untuk pulang ke negeri sembilan. boy teman nieya sampai ke seremban. time tu kereta full sangat2 dengan barang kawan nieya, barang nieya. yang kesian orang belakang . janji sampai ke destinasi nak di tujunya. sampai seremban dalam pukul 4 lebih. nieya bawak boy pergi lepak ulu bendul, jalan-jalan negeri sembilan. pastu bawak boy jumpa kawan-kawan nieya. ciin, fara. malam,kami lepak rumah fara sekejap. malam tu kami gerak port dickson dengan fara sekali. lepak sana sampai pukul 3 pagi. best..tengok laut lagi. tapi boy dah out. letih sangat. kesian dia.
nieya with boy
fara with fizie
5/5/2012-Sabtu
sebelum hantar boy balik ke Manjung, nieya bawa dia ke rumah untuk berjumpa dengan family nieya. agak terkejut sekali bila sampai depan rumah nampak uncle duduk depan rumah. haha.. macam tahu2 sahaja gurl dia nak balik. layanan uncle dan ibu terhadap boy istimewa sekali. sampaikan kami hantar dia ke k.l untuk dapatkan bas di sana. alhamdulilah mereka ok2 sahaja. suka sangat bila family layan dia macam tu.
setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. so time nak berpisah tu, walaupun hanya seketika... ia amat memilukan hati. sewaktu boy dalam bas, air mataku dah bergelinangan. bayangkan kami dari hari rabu bersama hingga hari sabtu tiba-tiba berpisah pulak. sedih nya. hanya kenangan sahaja yang dapat mengubat rindu. uncle kata kat ibu, buah hati along daa balik daa jauh.. tinggallah dia seorang disini. tamau sedih2.. lagi jatuh air mata ini.
percutian ini amat bermakna buat nieya. ia memberikan satu yang istimewa buat nieya. kejutan yang terbesar sekali. tapi kami terpisah untuk 2 bulan. lamanya nak tunggu 2 bulan habis. rindu teramat sangat.
awak2.. awak jaga diri awak baik2 tau. jangan lupakan saya. nanti awak ada masa awak datang lah n.9 nie tau melawat saya. awak... pasti akan merinduimu.. awak jangan macam2 tau. awak saya punya. ingat au. awk.. saya ada 2 mata untuk melihat namun saya tak mampu untuk memandang. saya ada 2 tangan untuk memegang tapi saya tak mampu untuk mencapai, saya ada 2 kaki untuk berjalan namun saya tak mampu untuk melangkah. tapi saya cuma ada 1 hati yang mana saya yakin mampu untuk mencintai awak sehingga ke akhir hayat saya.
kerana itu merupakan permintaan yg terlalu besar bagiku,
saya hanya berharap suatu saat nanti jika awak melihatku,
awak akan tersenyum dan berkata,,
"Dialah org yg selalu menyayangiku"
This holiday is a beautiful memory for me. I will not forget it forever.
No comments:
Post a Comment