Semakin hari semakin dapat kurasakan hubungan ini seperti bunga yang kembang kuncup. Walaupun kami bersama seperti belangkas di Ipoh bak kata 7E, 24 jam sentiasa bersama kecuali masa untuk tidur dan kelas sahaja tidak bersama. Tetapi kehangatan itu di rasai di Ipoh, bila masing-masing balik kampung halaman, semuanya hilang, terasa macam jauh, senang cerita sunyi sepi. Mesej dah memang jarang, call sekali sahaja. Menunggu panggilan atau sms darinya satu kewajipan tetapi kehampaan tetap ada bila dari pagi tak ada satu panggilan atau mesej, nasib malam dia call itu pun macam hambar. Kenapa begitu?? Mungkin ia nak rasa berenggang kerana 24 jam melekat? Mungkin nak space? Entah lah.. Apa pun fikir positif. Jangan lah negatif. Percaya kepadanya itu adalah benda yang paling penting dalam perhubungan.
Pejam celik pejam celik kejap lagi genaplah hubungan kami 8 bulan. Sekejap rasanya dah cecah 8 bulan. Dalam tempoh 8 bulan tu pelbagai rintangan kami lalui, pelbagai suka duka kami tempuhi bersama-sama. Ada yang dengki dengan hubungan ini, tapi itu lah semuanya dugaan. Alhamdulilah, kami tempuhi bersama. Pelbagai percutian kami bersama, percutian bersama family, kawan-kawan. Seronok pun ada, sedih pun ada. Berkongsi apa sahaja antara kami selama 8 bulan. Nieya harap kami kekal sebegini sehingga jejak ke palamin dan terus kekal hingga ke akhir hayat. Nieya berharap bf (Aznee) nieya nie jodoh nieya. Amin.
Nieya bahagia sangat dengan dia. Setiap hubungan ada kelainannya. Nieya selesa bersamanya. Kami couple tapi dalam masa sama kami buat seperti persahabatan. Tiada panggilan specifik buat kami, hanya sy awak kekadang ikut done saja nak panggil apa. Bebas tetapi kenalah berwaspada jaga hatinya, yang paling penting kejujuran dalam perhubungan.
Pengorbanan yang paling nieya tidak pernah lupakan ialah dia sanggup hantar nieya balik Seremban waktu nieya terseliuh kaki. Sedangkan esok kelas bermula, hantar nieya pergi hospital Manjung, kemudian gendong nieya pergi urut, urut tuh tingkat 2 kena naik tangga. Terlalu besar pengorbanan dia sampai nieya terharu sesangat. Dah tuh tunggu nieya boleh jalan sikit, jemput balik Ipoh. Habis sem, hantar nieya balik seremban, Mula sem Jemput nieya balik ipoh. Dia dari Manjung tau bukan dekat tuh. Memang pengorbanan yang tak dapat nieya lupakan. Layan karenah nieya semuanya lah. Nieya tak dapat nak balas budinya melainkan ucapan terima kasih yang tak terhingga dan nieya akan menjaga hubungan ini.
di Melaka ketika nieya dalam kesakitan.. waktu ini kaki terseliuh. |
Klik untuk baca selanjutnya......
Perhubungan nieya dengan family dia, seperti keluarga nieya sendiri. Panggilan mama buat mama dia. Kadang-kadang nieya call mama kadang-kadang mama call nieya. Rindu pada mamanya seperti nieya rindukan ibu nieya. Hubungan dia dengan keluarga nieya pun sama seperti keluarga sendiri. Siap abah dan ibu cakap jaga kak long baik-baik, tengok-tengok kan dia..Yang paling penting dah pergi bercuti bersama family. Seronok sangat. Semoga ukhwah ini kekal buat selamanya.
Awak, saya bahagia dengan awak, saya selesa dengan awak. Apapun ungkapan yang keluar dari mulut saya yang tak manis telinga dengar tu semuanya bukan dari hati tetapi hanya sekadar dari mulut untuk berjenaka dan untuk mengisi kekosongan berbual.. hehe.. faham kan. sebab awak tak mau jadi DJ... so biar saya sahaja DJnya. Awak, kalau awak terbaca apa yang saya taip ini, saya nak awak tahu yang saya sayang awak sangat-sangat, tiada orang dalam hati saya selain awak dan tiada siapa pun dapat ganti awak dalam hati saya. kerana kunci hati saya berada pada awak. Saya akan menunggu awak untuk jadikan saya yang halal buat awak. Itu impian saya dalam hubungan ini. Awak saya tak suka awak merepek-repek benda yang tak elok.Awak faham kan. Walaupun saya ini orang kata tidak mempunyai perasaan tapi saya tetap terasa apa yang awak kata, perasaan sayang ada, rindu ada, tapi itulah saya tidak pandai nak tunjukkan. Kalau awak rasa alhamdulilah. Sejujurnya saya katakan saya tak pandai nak pujuk, tak pandai nak tunjuk kasih sayang, tak pandai nak bermesra tetapi hakikatnya saya hargai awak, saya sayang awak sangat-sangat.
Cinta itu seperti sinar matahari, memberi TANPA mengharap kembali. Cinta itu seperti sinar matahari, TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari. Cinta itu seperti sinar matahari yang MEMBERI KEHANGATAN DI HATI. Apapun nieya harapkan ini yang terbaik untuk nieya. Cukup apa adanya pada dia nieya terima seadanya kerana kalau nak cari yang terbaik sampai bila pun kita tak ketemui.. So terima seadanya dan redho apa pun yang berlaku kerana jika tercalit sedikit kepahitan ianya tidak akan merasai luka yang mendalam. Semoga apa yang kami lalui bersama ini kekal hingga kami ke jinjang pelamin dan ke anak cucu dan akhir hayat. Hopefully ia adalah jodoh ku. Amin. Aku juga tidak akan lupakan cintaku kepada Allah yang maha besar, Keluargaku, ibu abah, serta kawan-kawan. Insya-Allah.
Love me without fear
Trust me without questioning
Need me without demanding
Want me without restrictions
Accept me without change
Desire me without inhibitions
For a love so free....
Will never fly away.
Cerita ini hanya sekadar untuk berkongsi dan bukan untuk di banggakan.
Ia juga satu luahan. Jangan di salah ertikan untuk menunjuk .
Tiada niat untuk menunjuk-nunjuk atau lain.
No comments:
Post a Comment