Thursday, July 21, 2011

semalam punyerr cerita..

Semalam punya cerita… macam-macam terjadi.. bila di fikirkan balik… ia boleyh jadi pedoman.. hahah…semalam, balik jerk dari office, saya siap-siap dan terus pergi ke tesco  bersama ibu saya..

Beli pisang dan air mineral untuk di bawa ke masjid.. kenapa bawak ke masjid?? Sepatutnya semalam keluarga saya buat kenduri tahlil dekat rumah nenek saya di Taman Rasah Jaya. Oleh kerana nenek saya baru jerk menjalani pembedahan jantung, dan sekarang dah  3 minggu dalam KPJ Seremban, kami pun tak laa buat di rumah. Just buat di masjid.. sekali dengan doa selamat dan kesyukuran..
Alhamdulilah, ia berjalan dengan lancar. Kebetulan semalam ada orang meninggal dan ada orang hendak buat tahlil dan doa selamat, jadi dah ada tiga family yang buat. Dan tiga jenis makan, nasi ayam, mee hoon,nasi lemak. Air kotak dan air mineral..haha…pisang sekali. Semua makanan ada kami bawak balik kecuali nasi ayam, kerana nasi ayam kitaorang punya. Haha..

Semalam aku, mak lang,k.anis pergi masjid. Alhamdulilah, hajat kau untuk membaca yassin dan pergi ke masjid tercapai.. dapat juga aku sekali dengan mereka semua. Selalunya, tak. Kerana kalau ada function  macam ini sahaja, aku tak dapat joint sebab ada sebab-sebab tertentu. Haha..
Balik jerk rumah, kami makan,,bersama-sama di rumah nenek. nak tahu tak?? Semalam lah paling banyak sekali aku makan. Mula-mula nasi lemak, kemudian mee hoon, pastu nasi ayam.. habis semua. Kecuali mee..coz aku rasa sahaja.

 kemudian kami semua pergi ke KPJ Seremban untuk melawat nenek.. tengah saya minta air panas di kaunter tingkat empat, saya ternampak MBNS keluar dari bilik someone. Aku terkejut melihatnya. Dengan baju melayu berwarna putih serta samping berwarna putih.. smart sangat..aku kagum dapat jumpa dia. Walaupun banyak kali jumpa dia, tapi aku rasa kagum.. tak tahu kenapa..

malam, sampai di rumah, aku tengah siap untuk tidur, sekali aku nampak ada benda keluar dari katil aku berwarna coklat.. aku nampak sseperti kumbang. Sekali lipas.. aku melompat sambil menjerit seperti nampak hantu. Jantung aku laju sahaja…haha..memang kelakar lah malam tadi. Terus aku ambil bantal dan bear aku, terus aku masuk bilik ibu dan tidur dengan ibu.. haha… besar lipas tu.. gemok. Eeee….geli sangat-sangat. Ibu aku dah faham dah keadaan aku kalau aku menjerit. Mesti terserempak dengan binatang.. haha..



...Hanya sekadar mengisi masa lapang untuk berkongsi cerita ...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket
Photobucket