Friday, September 9, 2011

ibu tertinggal anak??

semalam malam, pergi laa sekolah ibu. di SK Seremban 2A.  ada bacaan yassin untuk murid darjah 6 dan ada sedikit jamuan raya bersama dengan pelajar ibu, murid istimewa. pergi pukul 7 lebih. balik dalam pukul 9 malam.
time balik, singgah patronas di seremban 2 laa.. yang tepi jalan tuh. nieya pergi bayar di kaunter, biasa lah kaunter kat luar kan.. ibu lak isi minyak.. nieya trauma sikit nak isi minyak.. takut.hehe..


nak di jadikan cerita laa... nieya tak perasan pown adik nieya yang last nie,syaidi keluar dari kereta. pergi beli laa gudis2 dalam patronas tuh.memang tak perasan.yang ibu pulak perasan yang dia keluar. nieya dah bayar nieya masuk dalam kereta, nieya macam perasan yang dia ada dalam kereta. kemudian ibu masuk dan ibu terus bla dari patronas tuh. pastu sampai di simpang 4 yang banyak kilang2 tuh, tiba-tiba syaidi call ibu. ibu tengok lah hendphone dia, dia terkejut syaidi call. dia tanya lah edy... "kenapa call ibu?? edy??? "nieya baru nak tanya mayb tertekan kowt.. coz selalu dia dalam kereta dia tyto.. belum sempat nieya toleh belakang, dan bukak mulut nak bagitahu,ibu pown toleh belakang.. ibu tanya pada nieya..."along mana adik??" nieya pown toleh lah belakng... tak der dia.. hahahha... ibu dah cemas pastu dia cakap along..along...
nieya tergelak laa... nieya cakap "ibu,myb syaidi tertinggal kat patronas...". hurm.. ibu pown patah balik.. pergi patronas tuh. sebelom tu, adik call ibu,ibu tak angkat coz dia drive. adk call nieya.. nieya angkat.. dia tanya, " kat mana?" nieya dalam hati tergelak jerk..

dah patah balik tuh jemput dia, dia tanya kat ibu:

syaidi : ibu pergi mana??
ibu     : dah balik rumah dah. ibu tak perasan pown ... ibu terlupa.coz selalu ko tak ikut ibu. so ibu tak  
            teringat ko ada.. ibu ingat edy daa masuk kereta.. rupanya belum.. tuh laa lain kali sentiasa  
            ikut ibu ... 
nieya : hahahahhaa..(hanya mampu tergelak) kak long tak perasan pun dia keluar ibu. tadi kak long  
            masuk macam nampak dia jerk kat belakang.. 


hahaha..kelakar kan.. adik sebenarnya pantang jumpa dan berhenti di patronas.. mesti dia akan keluar dan beli gudis2.. untuk mengunyah.. tapi tak tahu kenapa semalam nieya tak teringat langsung.. ibu pown sama.. inilah kejadian yang pertama berlaku..tapi memang kelakar lah..

...Hanya sekadar mengisi masa lapang untuk berkongsi cerita ...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...