kesedihan itu pastinya ada untuk mengingatkan kita supaya jangan terlalu gembira.
dan di sebalik kesedihan itu pastinya ada hikmah yang mungkin kita
sendiri pun tidak tahu. hanya Allah sahaja yang tahu.
apa kita merancang allah juga merancang. tetapi rancangan allah paling tepat.
hari ini aku seperti dipukul ombak tsunami.
pelbagai dugaan dan cabaran aku terima.
kepala ku bagaikan belon yang penuh isinya.
serabut berserta tension semuanya ada.
dengan projek, interview L.I kena cari pensyarah kita, dan buat date line.
kena buat coding untuk assingment 1. assingment dan exersice berkecelaru.
masalah penyakit lagi. masalah peribadi... dan hari ini jugalah perutku membuak-buak
untuk membuang segala isinya. ya Allah sakitnya...
dan akhirnya... pada malam nya, aku menangis teresak-esak.
tak pernah aku menangis seperti ini.
segala yang aku pendam semuanya terluah jua.
tidak ada siapa lagi untuk aku luahkan perasaan aku ini.
apa yang aku lalui, semuanya perlu aku tanggung sendiri dengan memendam perasaan itu.
dan di akhir sebuah pendaman itu, hanyalah tangisan yang membuatkan aku puas dan aku jualah yang memujuk diri ini untuk berhenti seketika..
hanya padamu aku bersujud dan padamu juga aku memohon.
ku pasrah dengan segalanya ku pasti ada jalan yang terbaik di sebalik kejadian ini.
No comments:
Post a Comment