Tuesday, March 6, 2012

PETUA: Cara ringkas untuk memutihkan ketiak

post nieya kali ini ialah tentang petua.. petua untuk memutihkan ketiak yang gelap.. erti kata lain hitam.

Ketiak hitam ataupun gelap berpunca daripada beberapa faktor seperti penggunaan deodoran, kerap mencukur serta mencabut bulu ketiak. Kesannya, ketiak anda berasa gatal atau luka. Seterusnya, ia mengakibatkan perubahan warna kulit pada bahagian itu.

Justeru, bagi anda yang ingin memutihkan ketiak, berikut merupakan satu lagi alternatif yang boleh dicuba.

Bahan-bahan yang diperlukan pun bukannya banyak. Hanya timun dan perahan lemon yang secukupnya aje.

Apa yang patut anda buat adalah;


1. Parut sedikit timun hingga halus dan letakkan dalam piring.


2. Kemudian, perahkan sedikit jus lemon ke atas timun tadi.


3. Gaulkannya hingga sebati.


4. Sapukan ia pada kedua-dua belah ketiak anda.


5. Biarkan lebih kurang dalam 15 minit dan cuci.



Amalkan petua ini sehinggalah warna gelap ketiak anda pudar dan tidak hitam lagi.



SELAMAT MENCUBA

...Hanya sekadar mengisi masa lapang untuk berkongsi cerita ...

1 comment:

FirdausRock said...

ade org kate care nye tiap kali mandi berus badan,bukan kat ketiak je..
note: bukan gune berus dawai ke..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...