Pn.Rahmah |
Kasihnya ibu membawa ke syurga. Ibu adalah seumpama mentari yang seringkali menyinari kehidupan setiap insan di dunia ini. kasih ibu tiada penganti. itu lah ungkapan yang selalu kita dengar. tiada seorang pun yang boleh ganti ibu kita. walaupun kita mempunyai ibu tiri, yang sayangkan kita.. tapi tetap berbeza. rasanya tidak sama macam ibu kita sendiri.. semperna hari ibu pada 13/5/2012 ini, nieya nak update tentang ibu nieya.. Rahmah binti Arshad. ibu yang nieya sayang sekali.. i ♥ u ibu..
sewaktu ibu keseorangan dia mengharapkan anak-anaknya berada disisinya. tiada kehendak lain yang dia hendak melainkan anak-anaknya sahaja. hanya anak-anaknya sahaja dapat mengubat sunyinya di kala dia kesunyian.
nieya tiba-tiba teringat semasa ibu dan abah tiada jodoh, ibu membawa kami ke bukit merah perak untuk meluahkan perasaan di hatinya. time tu nieya masih lagi belajar di tingkatan 2. ibu meluahkan isi hati nya dan keadaan family ketika itu. hanya nieya seorang sahaja yang mengalirkan air mata. adik nieya tak mengerti kerana mereka masih kecil. salah satu kata-kata ibu yang nieya still ingat ialah " ibu tak nak sesiapa, ibu hanya nak anak-anak ibu berada di sisi ibu sahaja". nieya sedih dan until now nieya still lagi ingat ayat itu. kali kedua nieya nampak borang atas meja, nieya nampak tuntutan hak penjagaan. nieya baca senyap2. dan malam itu ibu cakap lagi... ibu tak nak pape walaupun duit.. ibu hanya nak anak-anak ibu sahaja. hanya anak-anak ibu yang mampu membuat hati ibu girang.
ibu nieya seorang yang cekal dan gigih. dari kami kecil dia tinggalkan anak-anaknya di rumah nenek untuk menyambung pelajarannya ke ijazah. tapi nieya tabik dengan ibu. walaupun dia sambung belajar ketika anak-anaknya kecil lagi, dia tetap berjaya. mendapat dekan di UPSI. tanggungjawabnya terlalu besar ketika menyambung pelajarannya. tetapi nieya?? tiada lagi tanggungjawab selain pelajar dan anak, tetapi susah untuk nieya ikut jejak langkah ibu. mendapat dekan apatah lagi.
ibu lah tempat nieya bergantung, bergaduh, meluahkan isi hati, bergembira, shopping malah suka duka tetap bersama. nieya tak dapat bayang kan kalau hidup tanpa ibu. nieya tak nak seorang pun ganti tempat ibu kerana kasih sayang seorang ibu ini lain. dia yang kandungkan nieya 9 bulan, dia juga yang membesarkan nieya. ibu jugak tempat nieya bermanja. jangan tak tahu.. malam-malam, kalau nieya bosan tidur seorang dalam bilik, or takut, nieya masuk bilik ibu tidur dengan ibu. hehe.. sampai sekarang ini. walaupun umur nieya dah hampir mencecah 21 tahun, nieya still lagi tidur dengan ibu. sampaikan nieya cakap dengan ibu, ibu jangan laa kawen dulu. nanti kak long tak boleh lah tidur dengan ibu. hehe.. ibu hanya tergelak..
sebelum tidur sewaktu kecil dahulu... ibu selalu nyanyikan kat anak dia lagu ibu ratu hati ku.. sampai kan suatu hari tu, dia tetiba tanya.."korunk ingat tak lagi sebelum tidur ibu selalu nyanyikan satu lagu ni untuk anak-anak ibu, ingat lagi tak lagu apa?? " nieya main teka jerk.. semua salah.. last-last ibu cakap lagu ibu.. ratu hati ku..
baru ingat.. hehe.
ibu bersama-anak-anaknya |
me & ibu |
ibu terima kasih ibu kerana melahirkan along, dan adik-adik, membesarkan kami, menjaga kami, memberi pendidikan, tunjuk ajar, kasih sayang dan apa sahaja yang kami hendak ibu tunaikan. along sayang ibu sangat-sangat. ibu lah dunia dan akhirat along. along akan membalas jasa ibu dan abah serta mama.. jasa mu along akan kenangkan..
SELAMAT HARI IBU
semoga ibu di murahkan rezeki dan di panajngkan umur.
nieya sayang ibu sangat2..
Kepada mama nieya.. Pn.Siti Zubaidah .. hehe.. nieya an ada 2 ibu.. ibu kandung panggil ibu, yang 1 lagi panggil mama.. layanan dia terhadap kami adik beradik tersangat la baik.. sporting dan cukup sempurna. senang cerita 1 kepala dengan nieya. kalau merajuk dengan ibu lari rumah mama.. hehe.. nakai laa nieya nie. semoga mama di murahkan rezeki.. along sayang mama sangat2.. alhamdulilah..Allah kurniakan kepada kami mama yang baik. Nieya tak pernah anggap mama sebagai ibu tiri.. cuma ianya tidak boleh di gantikan tempat ibu nieya sekarang.
abah, me n mama |
Gelak tawa anak-anakmu adalah penawar segala kepahitan yang dikau alami. Ibu, kaulah insan yang mengajar kami tentang nilai-nilai yang baik dalam kehidupanku. Ku doakan agar setiap titik peluh serta derita yang diharungi mendapat tempat di sisi Allah SWT. Sebagaimana yang diketahui, kedudukan ibu begitu tinggi nilai serta martabatnya pada pandangan Allah.
tak lupa juga kepada ibu-ibu yang lain.. terutama ibu yang rapat dengan ku, ibu kepada fara seremban dan k.l , mama boy, mak kat bangsar(mak angkat ku ) ibu im.. selamat hari ibu
Jasamu ibu akan kusemat dalam lubuk hatiku yang dalam,
Agar aku menjadi insan yang tabah sepertimu,
"Terima Kasih Ibu."
SELAMAT HARI IBU.
No comments:
Post a Comment