Saturday, May 19, 2012

Luahan ku -Tercipta Untukmu-

Tiada lagi cinta lama, tiada lagi kasih lama. Bukan ku pinta untuk jadi sebegini. Semua sudah suratan takdir yang telah di tetapkan untuk kita. Kali ini nieya baru ada mood untuk update blog nieya tentang yang lama dan yang baru. Nieya makan masa yang agak lama untuk update entry ini sebab nieya tak mahu sedih. Nieya cuba tenangkan hidup nieya.. Chill laa kata orang. Kali ini, nieya baru ada kekuatan untuk update entry tentang ini. Mesti semua tertanya-tanya mana yang dulu?? Kenapa dah yang baru.??

Nieya dan yang dulu sudah pun tiada ikatan lagi. Jodoh kami sampai di sini sahaja. Kami tak gaduh pun tapi tak tahu lah. Kenapa nieya jadi macam ini. Senang untuk buat keputusan. Nieya hanya boleh terima dia sebagai kawan sahaja.  Nieya tak tahu kenapa dengan nieya. Nieya boleh senang-senang terima yang baru.

Nieya bukan macam itu sebenarnya. Nieya kalau dah sayang, sayang sangat-sangat, dan cuba untuk dengar dan setia untuk pasangan nieya. Kali ini hati rapuh.(yang lama) Hanya di sebabkan sikit sahaja masalah, nieya boleh membuat keputusan dengan mendadaknya. Kala itu hati benar-benar kosong. Nieya cuba jugak untuk ingat kenangan-kenangan bersama suatu ketika dahulu, tapi tetap tak sebati. Tetap kosong. Nieya tak boleh tipu diri nieya. hati dan perasaan nieya. Nieya tak bahagia sangat dengan si dia. hati dah memang kosong. Tapi akhirnya Allah berikan dan gantikan yang lama ke yang baru. Nieya tidak sekali pun rasa menyesal tinggalkan yang lama, tapi nieya rasa kesal dan serba salah di buatnya. Sebab nieya tak pernah tinggalkan orang. Inilah kali pertama nieya tinggalkan dia. Nieya tak boleh tipu diri nieya, hati nieya. Maafkan nieya. Maafkan nieya sangat2. 
Untuk si dia, Imran.
Awak, kalau ini takdir kita berdua, saya terima. Awak, saya tak layak untuk awak dan saya berdoa supaya awak jumpa orang yang boleh memahami diri awk, hati awak, dan yang sesuai untuk awk. Sy rasa ini jalan yang terbaik untuk kita. Sy doakan supaya awk jumpa orang yang boleh membahagiakan awk. Sy tak layak untuk membahagiakan awk. Sy rasa sy ini banyak sangat kekurangannya. awk, saya mintak maaf atas segala kesalahan saya yang nampak atau tak nampak selama kita bersama. halalkan segalanya awk. terputusnya kita disini tak bermakna ikatan persahabatan itu juga putus. terima kasih awak.. 


Memang pada awal nya nieya tak percaya. Macam takut-takut dan susah nak terima. Ye laa.. time hati tengah kosong. Memang seorang pown tak boleh masuk laa.. Kemudian nieya mohon kepada Allah. Adakah ini jalan yang terbaik? Adakah ini jalan untuk nieya bahagia. Mintak pendapat kat member2 lain.. so mereka kata cuba laa yang ini. Mana lah tahu ok ker. 

Setelah nieya kenal yang baru cuba try untuk hidup dengan dia, jujur nieya katakan dia ini lain dari yang lain. Nieya rasa macam bebas, bahagia, dan nieya tak pernah rasa macam ini sebelum ini. Tak sampai sebulan kami kenal, kami telah pun in realationship. Walaupun kami daa in realationship, nieya still tak percayakan dia, takut dan tak tahu nak cakap macam mana dah. Sejujurnya, bila dah sebulan 'in realationship' ngan dia, nieya lah orang yang paling bahagia sangat. Baru nieya kenali dia, siapa dia yang sebenarnya. Nieya banyak uji dia. Nieya nak tengok dia macam mana. Until now, nieya uji dia. Dan sekarang baru nieya dapat jawapan apa yang nieya nak tahu. Thanks awak.

Inilah 1st time nieya dapat pasangan yang jauh. Ye laa, nieya Negeri Sembilan dia pulak Manjung Perak. So time study sahaja kami dapat bersama seperti belangkas tapi tak lah selalu. Bila cuti, macam sekarang ini... 2 bulan pulak tuh.. mau tak pishang. mau tak rindu.. Sakit sangat-sangat rindu tu. Nieya rasai sekarang ini. Kami just berhubung melalui internet, webbie, fb, call, mesej. itu jerk. Alhamdulilah masing-masing punyai internet. hehe..  Kata orang setiap pertemuan akan menemui perpisahan. Namun bagi kami perpisahan tidak wujud kerana kami masih sentiasa menghubungi antara satu sama lain.  Hanya takdir sahaja yang dapat memisahkan kami. Biar pun jauh di mata namun dekat dihati. Aku bahagia meskipun jarak kini memisahkan kerana aku amat mencintaimu. Semoga cinta kita akan bahagia di dunia dan akhirat..


Awk... MUHD NOR AZNEE B ALIAS dengarlah luahan hati yg jujur lagi ikhlas ini, sungguh aku bahagia bersamamu. Tidak pernah sekali pun terdetik rasa kesal , kau amat sempurna buat diri ini. Janganlah kau ragu sayangku, cinta ku kepadamu. Tidak dapatku nafikan kau punyai hati yang jujur sayang, dan kau bersungguh-sungguh dengan ku. Kau juga ikhlas dengan ku. Doaku agar kita di satukan satu hari nanti dengan lafaz pernikahan. Apa yang aku buat selama ini hanya untuk menguji dirimu serta menguji perhubungan ini sahaja, seperti mana kau menguji diriku, aku juga ada cara dan jalan sendiri untuk menguji dirimu. Kini segala jawapan yang hendak aku lihat, dengar semuanya telah aku dapat. Percayalah sayang tidak akan ku musnahkan kepercayaanmu padaku. Aku tidak memaksamu untuk kamu mempercayaiku kerana ianya hak kamu. Sudah terpahat di hati hanya kamu yang layak bertakhta. Saat manis di Peneng tidak akan pernah untuk aku lupakan. Aku hanya untukmu..hati ku kini telah milik kamu..


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

"Ya Allah ya Tuhanku, Seandainya telah Engkau catatkan, Dia milikku tercipta buatku, Satukanlah hatinya dengan hatiku, Titipkanlah kebahagian antara kami, Agar kemesraan itu kekal abadi... Ya Allah yang maha penyayang, Seiringlah kami melayari hidup ini, yg sejahtera dan abadi, Dan peliharalah aku dari kekecewaan......yA Allah ya Tuhanku, pasrahkanlah aku dengan takdirmu, Sesungguhnya apa yg telah di takdirkan, Adalah yg trbaik buat driku ini..

Ya ALLAH ya tuhanku, ku mohon agar engkau tetapkan kami dalam agamamu, peliharalah cinta yang bersemi antara hatiku &  MUHD NOR AZNEE B ALIAS , takdirkanlah dia hanya untukku, dan aku hanya untuk dirinya. Kau berikanlah kekuatan untuk kami menghadapi hidup juga kau berilah keyakinan pada dirinya untuk menjadi suami ku pada satu hari yang engkau tetapkan , semaikan lah dalam dirinya dengan sifat tanggungjawab, kejujuran & keikhlasan. Kau jauhilah perhubungan kami daripada perkara maksiat."

آمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

Sayang dirimu umpama diriku, nyawa mu telah diserapkan ke dalam nyawaku, beradanya aku di sisi mu adalah sebuah kebahagiaan yang amat ku hargai, hanya kau yang aku sayang.. akan aku sentiasa mencintaimu hingga denyut nadi berhenti. Akan aku terus mencintaimu...
I LOVE U SAYANG..MOHD NOR AZNEE B ALIAS.



...Hanya sekadar mengisi masa lapang untuk berkongsi cerita ...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket
Photobucket