Tuesday, June 19, 2012

1st time in my life

I thinks this is the best moment for me and also first time in my life.

Itulah yang dapat nieya ungkapkan.

Hai kawan-kawan...
Lama kita tak bersua, dan lama juga nieya tak update blog.
Rindu jugak tak update blog.
Nieya baru balik dari Ipoh.
Ada kerja sikit tentang sistem nieya dan berjumpa kawan nieya dan my love.

Nieya happy sangat-sangat.
Sebab apa tau,
Sepatutnya hari jumaat hari tu, kami cadang-cadang nak gerak pergi Pangkor.
Nieya, En. love,K.dayah n member dia.
Last-last tak jadi, sebab dia terus bawak kami pergi rumah mama dia kat Lumut.

Kami tidur rumah mama dia. Segan sangat-sangat. Jenis nieya, nieya susah nak tidur rumah orang.
Nasib baik ada k.Dayah yang menjadi peneman setia nieya. Last-last kami buat macam rumah sendiri dah.

Time ini kena tinggal dengan en.love.  Dia pergi sembahyang jumaat lama sangat.
Pukul 4 lebih baru sampai rumah. Tinggal laa kami bersama mamanya. 

Sebagai memujuk hati ini, dia bawak lah kami pergi jejalan area Manjung dan Lumut. Mula-mula pergi tempat monyet. Hutan payau bakau. Tapi tak sempat nak turun kereta monyet dah datang dekat dengan kereta. Nieya nie takut monyet sikit sebab dah 2 kali kena kejar dengan monyet. Trauma. Tapi rugi lah kami sebab tak masuk dalam. huhu.. sedih di situ.  

Kemudian kami gerak pergi lumut. Lepak-lepak tepi pantai. Memang tak tau dah nak pergi mana. 


Makan abc, tengok laut, tengok kapal bettership. haha.. 


Sebelum balik rumah duduk tepi laut tengok matahari terbenam sambil tengok orang mancing.
Sunset kata kan.. Romantik kan.. 
Lawa sangat. tenang.. Nampak ikan sekelompok. Nampak obor-obor sekali.


Bila malam, gerak pergi jumpa kawan en.love. Lepak tepi pantai main gitar. Nieya terpegun tengok orang cari hasil laut. Malam-malam mereka masuk laut. Sampai kan kawan en.love cakap dengan nieya, nieya tak perasan. Leka tengok mereka. Kait pakai jala. Dapat ketam, sotong, obor2. 
Pantai dekat sana banyak tau obor-obor. 

Otw kami nak balik rumah mama, dalam pukul 12 tghmalam.
Time tu dah 16/06/2012..
Tetiba .. ada orang wish.. happy anniversery kita  yang ke 2 bulan.
hahahaa... Thanks en.love..

Keesokkan harinya, sabtu, 16/06/2012..
Kami (Nieya, en.love,mama dan k.dayah), teman mama pergi pasar.  Beli barang untuk nak masak.
Dan paling nieya terkejut bila pintu bilik di ketuk, mama dia panggil nieya.. 
"thania, jom teman mama pergi beli barang nak masak".
hahaha.. terharu sangat-sangat.

Siap jalan-jalan sekali tu. happy laa coz close dengan mama dia. 

Kemudian kami masak bersama. Kalau lah saat macam ni dapat snap pic kan bagus. huhu.. Rugi-rugi .. 

Kami masak :
Lala Masak lemak cili api, ikan masin, sambal belacan,ikan goreng dan pengat durian.
terbaikk laa lala dan pengat durian.. Sambal belacan terasa sampai ke tekak.
Walaupun lauk nampak simple tapi... sedapnya tak terkata..


Sesudah kenyang, kami berkaroke dengan family en.love. Bahagia sangat-sangat tengok mama n ayah en.love. Nieya duduk sebelah mama dia dengar mereka karok. Jeles pun ada. Kan best kalau family nieya macam nie. 

Dalam pukul 4 lebih petang, kami gerak pergi Teluk Batik. Apa lagi, kami pown terjun laa laut. Tengah mandi-mandi terjumpa laa pulak anak obor-obor. haha..  Sekejap jerk kami mandi pastu kami naik dan terus balik rumah. Sampai rumah terus sambung makan pengat durian dan ngatah lala. Sebab dah lapar kowt. eh2.. tak lapar lagi time nie. Tetiba nak makan sebab nampak en.love ngatah lala.. hahaa..


Gambar atas nie, ketika en.love potong kuku nieya. manja laa konon.. Gedikkzzzz.. haha..
Yang sebelah tu pulak time dah siap nak pulang ke Ipoh. Tengah menjamu selera. Ngatah lauk.
Dan gambar bawah tu pulak lauk pada hari itu. Sedap kan.


Sampai Seremban, esoknya, hari Ahad, terus beli tiket en.love. Bas dia ke Ipoh pukul 11.30 malam.
So nieya conteck Fara nak ajak lepak sama. Kebetulan mereka ada kat P.D, so kami gerak P.D.
Pergi karok sesama, makan sama2..

Nieya sedih sangat-sangat ketika dalam karoke nie. Tak tahu macam mana boleh melelehkan air mata nie.
Sampai lah nieya hantar dia ke teminal bas. huhu..

Pengalaman yang tidak pernah nieya temui selama 21 tahun dan inilah kali pertama nieya.
Pertama kali rapat dengan emak kepada bf nieya, siap dia gelarkan diri dia mama.
Pergi pasar bersama, masak bersama, makan bersama, karok bersama,
segalanya bersama dengan mamanya dan en.love.
everything 1st time.

thanks awk.. Alhamdulilah.
Semoga ianya berkekalan hingga akhir hayat.

Thanks jugak kat K.dayah. Kerana sudi jadi peneman setia nieya dan buat nieya happy. Sorry akk..




...Hanya sekadar mengisi masa lapang untuk berkongsi cerita ...

2 comments:

Liyana Anuar said...

seronoknya berjalan~ :)

Unknown said...

@Yana Libra
bertambah seronok bila bjalan ngan bf. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket
Photobucket