Monday, July 2, 2012

Doa Dhuha - Doa murah rezeki


Solat dhuha adalah solat sunat yang dilakukan dari terbit matahari sehingga tgh hari, atau bahasa mudahnya dari jam 8.00 pagi sehingga 1.00 tengah hari (Sebelum Zohor).

Sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi)



Hari ini nieya nak bagi kawan-kawan semua dengar Doa Dhuha.
Best bila dengar, rasa tenang jerk. 

Kawan-kawan dengar, hayati, ikut dan kalau boleh hafal.

Nieya dalam penghafalan doa ini..


Jom kita dengar. :



Ya Allah...
Sesungguhnya waktu Dhuha itu DhuhaMu, 
Kecantikannya, kecantikanMu,
Keindahannya, keindahanMu,
kekuatannya kekuatanMu, 
kekuasaannya, kekuasaanMu
perlindungannya, perlindunganMu.

Ya Allah...
Jika rezeki masih di langit, turunkanlah,
jika di dalam bumi, keluarkanlah, 
jika sukar, permudahkanlah,
jika haram, sucikanlah
jika jauh, dekatkanlah.


Berkat waktu dhuha, 
kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, 
Limpahkan kepadaku
segala yang Engkau telah limpahkan
kepada hamba-hambaMu yang soleh.



...Hanya sekadar mengisi masa lapang untuk berkongsi cerita ...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket
Photobucket