Alhamdulilah.
Akhirnya kenduri di rumah nenek ku di Taman Rasah Jaya berjalan dengan lancar.
Semua ahli keluarga ku berkumpul dan yang paling special, uncle dan abah pown ada.
Memenatkan semua ada. Yela jadi tuan rumah.
Majlis bermula pukul 12.00tghari.
Bacaan yassin serta tahlil arwah.
Kemudian menjamu selera makan tengahari.
Mengikut kalender islam,
Semalam di mana tarikh arwah atuk nieya pergi. 10 sya'aban.
Kalender biasa pula tarikh dia 22 Julai 2010.
Dah 2 tahun arwah meniggalkan kami. Sunyi rumah tu tanpa arwah atuk.
Terutama nenek. Kesian dia. Arwah atuk pergi disebabkan kanser usus.
Dia di rawat di Hospital NCI Nilai.
Kami merindui arwah.
Nieya sampai termimpi-mimpi arwah. Sebelum kenduri,.
Nieya mimpi dia datang time kami buat kenduri dia. DIa duduk kat bawah khemah sambil tersenyum.
-Al-fatihah-
Lauk kami order katering kat nenek saudara kami .
Masakkan nenek cik memang terbaiikkk..
Menu :
Masak lemak labu, Ikan kicap, daging serai masak lemak cili api, ulam2, sayur kacang bersama tempe, ikan masin, sambal belacan dan tompoyak.
Time orang tengah baca, nieya dan k.ain duduk bilik belakang.
Dan ini lah kerja kami..
Snap pic dan main dengan Mia. Anak k.ain cicit nenek yang sulung.
bersama mia. |
Sudah selesai semua, tetamu dah balik, petang tuh dalam pukul 3 lebih,
Inilah kerja kami. Nieya bersama adik nieya dan wafi sepupu nieya basuh periuk.
Terpaksa buat2 rajin.. hahaa.. terlebih sudah.
Rela hati nie buat, sebab suka. Walaupun penat.
Masuh periuk.. i need my losyen..!! nieya, yang pakai bju pink adik nieya syaidi dan coklat tu wafi sepupu nieya. |
ciann mia.. ibu nieya nak masukkan dia dalam tuh.. haha.. interframe.. |
cun laa,, rajin2.. |
Nampak tak rajin nieya tuh.. haha..
Tambah lagi ada sepupu nieya wafi yang kepala gila-gila..
Tambah adik agi dan memeriahkan lagi ibu, k.anis, maklang.
Memang meriah lah.. Tak terasa penat pown.
Malam..
Bila sepupu nieya k.anis pergi hantar adiknya eyka masuk kolej KPJ Nilai.
Tinggal laa kami jerk. Time nie tengah layan kopi serta milo.
Rest time. Sebab paklang mau balik Rawang dah.
leka dengan Tv. |
Bila nieya sampai rumah, kami siap-siap
Pergi makan tutti frutty. Dalam pukul 10 malam.
Hilangkan penat.. Pastu pergi tesco beli barang nieya nak bawak balik Ipoh.
Kali ini kenduri memang meriah.
Best sangat. Dan paling best semua family dapat berkumpul terutama family nieya.
Alhamdulilah, Terima kasih ya Allah.
No comments:
Post a Comment