Thursday, July 5, 2012

Tak kan saya lupa...

Bila dengar lagu Rasulullah dan keluarga bahagia ..
Teringat satu peristiwa di mana sewaktu nieya form 3, waktu tu ada perkemahan Puteri Islam.
Waktu tu nieya Sekolah Menengah Rendah Agama Rembau.
Dia bagi beberapa kumpulan dan nieya ketua bagi kumpulan nieya.

Malam nak penghujung program, ustazah yang terlibat menyuruh membuat perbincangan untuk pertandingan persembahan nasyid. Malam tu nieya mintak ahli kumpulan nieya bagi idea nak buat apa. Memang kosong.
Last sekali nieya yang bagi cadangan buat lagu Rasulullah dan Keluarga bahagia. 

Nieya nak cakap hafal tak sangat. Tapi bila nieya tanya ahli kumpulan nieya mereka kata sikit-sikit. Dengan keadaan getir tuh, yang esok tu nak buat persembahan, nieya tulis lirik atas kertas apa sahaja yang nieya ingat.
Alhamdulilah dengan bantuan ahli-ahli kumpulan,lengkap lirik itu semua. Ahli kumpulan kami campur. Dari budak form 1-3. 

Malam tu juga kami praktis dan buat gaya.. Kalau Keluarga bahagia nieya yang banyak bagi idea. Nieya pecahkan 2 dalam satu baris dan baris kanan buat baik contoh salam, macam keluarga bahagia, dan belah kiri buat gaduh. 

Lagu ini terdetik dekat fikiran nieya sebab nieya terfikir family nieya. Time nie lah family nieya kucar kacir. Dan nieya nak sangat keluarga nieya jadi keluarga bahagia. 

Menjelang hari persembahan...
Getar semua ada. Dan nieya perasan suara kami paling kuat bergema satu dewan. Memang tepukan gemuruh lah yang kami dapat. Seronok sangat.

Tiba nya mengumumkan pemenang. Semua kumpulan dapat hadiah. Yang kami nie tunggu-tunggu bila laa nak sebut kumpulan kami.. Last sekali tempat kedua... pengerusi majlis tuh sebut nama ahli kumpulan lain, dan kumpulan kami bersorak laa sebab dah tau pemenang.. hehe.. Pemenangnya kumpulan kami laa..
Dapat nombor satu. Dan nieya lah yang pergi ambil hadiah tu. Hadiah dia hamper besar. 
Siapa menang kena buat persembahan. So kami buat persembahan. Memang gentar laa. 
Happy sangat-sangat.

Nieya rasa happy dan bersyukur sangat time tuh. Ye laa hasil titik peluh nieya kerja berat bersama kawan-kawan berhasil akhirnya. Memang terharu sangat-sangat. Nieya ingat nieya tak mampu nak jadi seorang ketua kumpulan sebab nieya nie bukan banyak cakap. Last-last... terbukti nieya boleh..

Thanks ahli kumpulan nieya dan yang terlibat.. KEnangan manis sangat tambah lagi bila dengar lagu tuh..

Rasulullah


Keluarga bahagia






...Hanya sekadar mengisi masa lapang untuk berkongsi cerita ...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket
Photobucket