Thursday, August 30, 2012

Best friend telah meninggalkan kami semua -Al-fatihah-


Salam semua !!

Mohon jasa baik kawan-kawan sedekahkan Al-fatihah untuk kawan nieya (Atika Amran @Toko) yg telah meninggal dunia akibat kemalangan pada 30/8/2012 pukul 1.06 PM.. Moga arwah ditempatkan dikalangan orang2 beriman . Al-fatihah..

Nieya telah kehilangan seorang kawan yang sangat baik dan periang. Happy go lucky. Arwah seorang yang kabut. Tapi beliau juga membuatkan suasana jadi riang, riuh. Kehilangan arwah sangat lah terasa bagi kami semua. Nieya kenal dia ketika nieya sekolah di Sekolah Menangah Agama Rembau tingkatan 1 - 3. Dan kami seasrama dengan nya sepengawas dengan nya. Mengikut baris katil nieya satu kumpulan katil dengannya. Iaitu katil susun bertiga arwah hujung kiri, member nieya wawa tengah dan nieya sebelah wawa kanan. 

Nieya terkejut apabila mendapat berita tentang arwah. Macam tak percaya. dan terngiang-ngiang suara arwah, tindakan dia gaya dia. Sehari sebelum arwah meninggal nieya tetiba teringatkan dia kemudian nieya terus delete numbor dia. Nieya tak tahu kenapa tapi gerak hati nieya.. teragak-agak nak call dia tapi tak call. Menyesal sangat-sangat. Nieya tak dapat bayangkan kalau nieya call dia malam tuh, esok tuh dia pergi memang nieya sedih sangat-sangat. 

Nieya tak sempat nak jumpa beliau. Tak sempat nak menatap wajahnya buat kali terakhir kerana ketika itu nieya berada di Ipoh. Jenazah di kebumikan selepas magrib. Walaupun arwah telah pergi buat selamanya tetapi arwah tetap berada di hati kami.. 

Kenangan bersama arwah :

Arwah toko belakang num 2 dari kiri. inilah betch kami form 3 aspuri.

bersama dengna arwah ketika rombongan asrama.

selepas PMR. arwah duduk bahagian depan kiri sekali.


Kau sahabat kau teman


Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati


Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati


Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa


Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi


Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati

Semoga arwah NorAtika Binti Amran berada di tempat yang beriman.
Semoga arwah tenang di sana.
Al-Fatihah.


...Hanya sekadar mengisi masa lapang untuk berkongsi cerita ...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket
Photobucket