Wednesday, August 22, 2012

nurkilan untuk mu.

Muhd Nor Aznee B Mohd Alias
Sepelik namamu, sepelik itulah sikapmu.
Aku kadangkala bingung dengan sikapmu,
kadang gembira, kadang bermuram durja
tapi dalam diam aku cuba pahami dirimu
sungguhpun sukar untukku selam hati budimu itu,
tapi sesuatu yang aku yakin dengan kau
kita serasi bersama
Itu tak dapat kunafikan.
Walaupun kadangkala kita bergaduh,
Kau merajuk, aku merajuk
Kau marah, aku marah
tapi itulah pengerat kita
yang tak kita sedari.
awak sedar tak??
Kadangkala aku rasa kau ini hipokrit.
Kadangkala kau nie sensitif lah sesangat
Entah lah, pening jugak aku melayan kerenah kau nie.
macam-macam fael..
tapi aku bersyukur kita di pertemukan tanpa di sangka,
menjadi rapat dan semakin rapat.
Walau pernah airmataku jatuh kepipi
begitu jugak kamu.. 
Atas dasar perkenalan kita, persahabatan kita, perhubungan kita,
adakah ianya bernilai di sisimu??

ku harap diriku tak terluka lagi.
begitu juga dengan dirimu.

...Hanya sekadar mengisi masa lapang untuk berkongsi cerita ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...