Friday, January 11, 2013

sudah mula berkerja

Salam semua.

Nieya dah mula kerja sebagai promoter part time kat the store jalan kampar. Nieya kerja di brand Snails Gen's. Masuk pukul 6.30 petang-10.30 malam. 4 jam jerk kerja isi masa lapang. Penat tu memang ada yela kerja promoter mana boleh duduk, berdiri jerk, kalau customer datang kena layan kemudian kalau stok baru sampai kena letak harga dan kemas. Seronok jugak. Mencari pengalaman dalam hidup. Dapat duit poket untuk tolong family kan. Tambah lagi nak raya cina, memang kat tempat kerja buzy jugak laa.. Bukan buzy apa, stok baru sampai pastu ada buat fair, kena rajin sikit laa. Satu jerk bosan kat situ bila customer x der stok x der, diri melangok jerk. Yang paling seronok floor nieya ada 3 orang member nieya kerja sama, floor atas pown ada 3 orang. kebanyakkannya dak rumah nieya. hehe...

Bila x der customer kami merayap laa. Apa boleh buat kan.. Just masuk kerja pastu tunggu waktu balik. Bila stok ada, customer ada, baru best sikit, sampaikan tak rasa nak balik, tau2 dah pukul 10 malam.

Semalam nieya kena dengan customer, dia bukan marah, dia gurau tapi nada dia tinggi, satu floor boleh dengar. Dia beli seluar kat tempat nieya pastu dia nak potong seluar, nieya cakap lah nieya tak boleh buat, pemenen nieya masuk pagi habis 6.30, so pape datang pagi esok. Pastu dia tak faham dia kata saya dari lahad, saya kerja tak kan nak ponteng kerja semata-mata nak datang sini semula setlekan hal seluar. nieya jawab lah apa yang orang tuh ajar kat nieya cakap nak potong buat kat luar, tapi dia paksa jugak mau jahit. Nieya kataa lah, kapor tak der nak tanda, dia kata panggil yang pandai jahit. time tuh semua dah pandang nieya dan len chai kat depan tu datang tempat nieya dia bantu nieya setlekan customer nie.  CUak, nak nangis pown ada, tapi dia bukan marah, just dia nak haritu jugak, kabut jerk. gelak2 nieya. malu jerk..

itulah pengalaman nieya untuk pertama kali kerja... dalam hidup.

Jup lagi mau pergi kerja.. daa...
...Hanya sekadar mengisi masa lapang untuk berkongsi cerita ...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...