Thursday, May 9, 2013

Shopping buku di PWTC... Novel Fixi??

Baru-baru nie PWTC ada buat pesta buku. Mesti ramai yang tahu kan.

Pesta buku Antarabangsa Kuala Lumpur. 2013.
26 April - 5 Mei 2013
Pusat dagangan dunia putra (PWTC) Kuala Lumpur.

Nieya pergi 2 mei. Al-maklumlah baru jerk ada masa. Sebab 1 mei hari tuh nieya baru jerk sampai seremban dari ipoh. Kemudian kebetulan ada boucher lagi rm 50. Apa lagi terus ajak kawan teman nieya pergi. Dan member yang menjadi mangsa nieya tu adalah Maisarah. Kawan sekolah menengah nieya dulu. Sepatutnya nieya nak simpan boucher tu untuk adik nieya tapi sampai sekarang dia senyap jerk apa lagi nieya gunakan lah boucher tuh. Lagi pown adik nieya num 2 tuh ada lagi rm 100 lagi boucher buku. Tarikh tamat nya pown tak lama lagi.
Di stesen Seremban nak ke Putra

Pada awalnya memang lah nak berjalan-jalan. Paling koman pown nieya akan beli 1 sahaja novel sebab ada lagi 2 novel yang tak di baca nya. Itu pun hasil dari boucher buku jugak. Nieya dan Mai nie jalan-jalan lah dalam PWTC tu, Kemudian terlalu lah kat 1 gerai nie. Nama gerai tuh jelajahlejenfixi. Ramai sangat kedai tuh, tapi itu tak membuatkan nieya untuk pergi tapi nieya terpandang satu buku nie yang bertajuk 'babi'. So nieya masuk lah ke dalam gerai fixi nie terus amik buku babi tuh. Nieya tengok ianya novel lalu nieya baca sinopsisnya. LAst2 nieya tersangkut dengan novel tersebut pastu orang tu offer 3 buku RM50 boleh guna boucher dan terus nieya pilih buku yang mana best. Kebanyakkan nieya beli nieya tengok dulu ramai tak ambil buku tersebut, kalau ramai nieya ambil lah. 

Inilah suasana gerainya. Nieya agak terkejut juga bila lelaki ramai yang membeli.



Fixi?? 

Jujur nieya kata nieya memang tak pernah dengar pun fixi2 nie melainkan basikal tuh. Nieya ingat pengalaman mereka berbasikal fixi. hahahaha... kelakar kan.. Tak pernah tau pun kewujudan novel terbitan fixi. 

Perihal fixi

Buku Fixi ialah syarikat penerbitan novel yang mula aktif pada tahun 2011. Ia memberi tumpuan kepada karya-karya baru yang bersifat urban dan masakini. Nama syarikat diambil dari perkataan Bahasa Indonesia ‘fiksi’ yang diambil dari perkataan Bahasa Inggeris ‘fiction’ yang diambil dari Bahasa Perancis Lama ‘ficcion’ yang diambil dari Bahasa Latin ‘fictionem’ … untuk menunjukkan yang tidak ada apa-apa yang original dalam dunia ini. Sasaran kami ialah untuk terbitkan sekurang-kurangnya satu novel setiap bulan.

Buku fixi nieya amik 3 buah buku yang bertajuk :

Asrama (Fixi)
Sepuloh nama (Lejen Press)

Ini buku yang nieya katakan tuh. (buku boucher ) hehe

Setakat nie nieya baru baca buku Asrama. Seram woii... Best sangat2 buku tuh. 

Kemudian nieya dan mai menyambungkan perjalanan lagi. Masuk 1 bilik nie.... Nieya nampak novel lawa sangat muka depan dia. Tebal pun tebal. Nieya terus singgah dan amik. waktu nie dia offer 10%. Nieya terus tengok karya ciptaan siapa. Rupanya Siti Rosmizah. Nieya baca sinopsis dia dan apa lagi terpikat lah jawabnya. Sebab nieya memang suka karya Siti Rosmizah. Lagi satu tak membazir sebab tebal dan berbaloi.. Nieya cakap ngan mai yang nieya nak beli jugak novel nie. Best.. Mai kata beli lah. Tapi nieya pusing-pusing dulu. Sambil tu tak puas hati sebab tak dapat beli. Mai cakap beli jerk ada offer tuh. rugi. Terus nieya pergi balik kedai tadi dan beli. 'Curi-curi Cinta ~ Siti Rosmizah'


Dan novel nie nieya baca dalam 2 hari sahaja. Memang terbaikk...!! sedih tau.. 

Masuk yang nie nieya ada 3 novel karya Siti Rosmizah.


Tebal kan.. 
1st nieya beli Takdir itu milik Allah, second 7 hari mencintaiku dan yang ketiga curi-curi cinta. 
3 3 dah habis baca. Memang terbaiikk karya nya.

 Dan lagi 2 yang tak baca tapi dah beli lama tuh, Dia tak tanya! dan cintaku luruh di oxford.
Dua buku nie beli dengan mr.A kat popular Ipoh. Otw untuk membacanya. 
Mengisi masa lapang nie kan tak de lah bosan sangat duduk rumah.

Dah puas shopping buku kat pwtc

With Mai

Jam di tangan menunjukkan hampir pukul 2, so nieya dah mai bergegas pergi ke stesen keretapi putra untuk meneruskan perjalanan ke batu 3. Nieya kena teman mai pergi kolej dia kat shah alam. Kolej PTPL. Sampai kolej pukul 3 lebih so nieya duduk lah kat cafe kolej tuh tunggu mai. Mereka habis dalam pukul 4 lebih. 

Inilah kawan nieya Maisarah 

Pukul 5 kami pun balik sebab hujan ketika itu. Singgah KL central untuk beli chatime dan coklat. Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Seremban. Sampai seremban pukul 8 malam singggah terminal 1. Pusing-pusing jerk last kali nieya hantar mai balik ke rumahnya.

Seharian berjalan. Penat sangat. Tapi nieya seronok. Tambah lagi dapat mengembirakan hati kawan nieya yang sedang berduka nie.. hehe.. memandai jerk aku nie lah.. hahaha... nieya happy sebab dapat buat kawan nieya nie happy. tu jerk.. Thankss mai.. sayang mai.. 

Dalam tengah jalan-jalan dalam pwtc tuh kami terjumpa satu ukiran kaabah .. Lawa .. Orang arab yang buat.. 




Hurm.. penat.. Mesti jenuh kan.. haha.. Sorryy.. Oklah kita tangguhkan dulu. nanti berjumpa lagi bila ada masa untuk mengupdatekan lagi.. Masa ada jerk tapi tu lah, sebok baca novel.. 
bye.. bye.. bye..
Salam.











...Hanya sekadar mengisi masa lapang untuk berkongsi cerita ...

3 comments:

Tinta Lana said...

Salam.

Buku FIXI memang best! hehehe.

Lana pun memborong juga masa kat pwtc ritu ^_^

Anonymous said...

Kwn tu bduka sbb ape? Cian die

Thania Ismail said...

Tinta Lana : tau x pe.. best sgt buku fixi dari novell.. lain dari yg lain..

mmber sdh?? x laa.. sjerk mgayat. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...