Monday, July 29, 2013

Baby cat...

(Cerita yang tersimpan lama dalam draf...yang tak mampu ku sambung... )

Rindukan baby cat..JINGO...

27/6/2013... hari khamis pukul 12.30 tengahari.. babycat telah meninggalkan kami semua.
Nieya bangun jerk dengar bunyi babycat miauu... bunyi dia lain macam. Kemudian nieya keluar bilik tengok tempat dia, dia seperti gambar di bawah nie.. Nieya ingat kepala dia ke patah... tak berani nieya usik.. Nieya terus call ibu, ibu suruh nieya bawak dia ke klinik dekat belakang colombia dekat okland seremban 2. Nieya terus mandi, dan bawak dia pergi klinik. Sampai klinik kena tunggu doktor.. Doktor sampai dia beri enjet 2 kali dan bagi makan ubat dan vitamin.. baby cat kena tahan wad..

Sayu dan tak sanggup nieya tengok babycat meronta2 kesakitan pabila kena enjet.. 2 kali pulak tuh. kesian dia. dah lah sakit kemudian kena enjet lagi. sampai sekarang masih terngiang2 dia miauu menahan sakit, sukar nak nafas. Kemudian nieya tinggalkan dia sekejap, nieya balik nak pergi kerja. tak lama tuh.... sejam kemudian.... doktor call.. dia bagitahu yang baby cat sudah meninggal... terus tak terkata nieya dan meleleh air mata nie.. Nieya kembali semula ke klinik tu, jemput babycat balik.



babycat sakit.. sukar untuk bernafas..


Bawa babycat ke klinik haiwan @okland seremban 2
Berita menyedihkan kami... doktor call nieya, memberitahu bahawa babycat sudah meninggal.. :'(

Bila sampai jerk rumah, rumah jadi sunyi tanpa babycat. Dia lah penghibur hati kami. Bila nieya balik kerja dia tunggu nieya depan pintu. Bila dia lapar sangat, dia siap panjat badan nieya sampai ke atas. Dia manja sangat. tidur kat tiak nieya, dan dia manja sangat dengan adik nieya numbor 3. Bila dia kena kurung dalam sangkar..
...Hanya sekadar mengisi masa lapang untuk berkongsi cerita ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket
Photobucket