Tuesday, September 17, 2013

Hati seorang insan...


 Kisah cinta yang aku sangkakan berkekalan hingga akhir hayat tetapi sangkaan ku meleset kerana percintaan ini terputus di tengah jalan. Beribu janji telah kami taburkan di atas hubungan ini tetapi janji hanya tinggal janji. Siapa sangka hubungan yang telah tercipta setahun lebih ini yang banyak onak duri,kenangan pahit manis ini terputus di tengah jalan. seSweet mana pun kami kalau ditakdirkan sampai disini sahaja kami tak boleh buat apa. Memang boleh lagi pertahankan tetapi aku tak kuat untuk laluinya. Hati dan jiwa yang kosong tak boleh di paksa untuk meneruskan hubungan ini. Hanya allah sahaja yang tahu betapa sukarnya untuk aku lalui seorang diri. Sweet pada nama, sweet pada gambar, sweet pada kenangan, sweet juga pada hubungan ini tapi batin sweet ke??

Seteruk-teruk mana pun perangai dia dan aku, kami tetap telah bersama selama setahun lebih. Suka duka kami lalui bersama2. Tapi apakan daya hati dah kosong atas apa yang dah berlaku. Bukan aku tak cuba aku cuba.... Kenangan2 yang aku lalui cukup membuatkan aku trauma...Cukup apa yang telah aku lalui dan alami. Aku tak kuat lagi untuk alami suasana begini. Memang indah dalam hidup berpasangan tapi bila sampai part2 yang tak indah tu... yang indah terus jadi pahit.

Buat masa sekarang ini aku tak ada hati untuk menerima sesiapa lagi dan aku lebih selesa untuk berkawan. Aku bukan nak lukakan hati sesiapa tapi soal hati tak boleh di paksa. Hati aku banyak terluka. Aku jadi begini bukan di sebabkan orang ketiga. Tolong lah jangan cop aku yang bukan2 wahai yang berkenanaan.. Tolong jangan paksa aku. Yang lalui nya aku, yang alaminya aku bukan korang semua. Memang korang boleh salahkan aku tapi korang tak pernah rasa macam mana aku rasa. Aku tak kuat untuk laluinya, aku tak kuat dah!!!! Hati aku cukup terluka...

Memang betul apa yang dikatakan bila hati sudah terluka walaupun pada zahirnya nampak sembuh namun pada asasnya masih tetap berdarah tak mungkin kan kembali seperti yang asal.

Aku selesa dengan keadaan aku yang sekarang buat masa ini. Aku nak fokuskan dengan kerjaya aku. Masa depan aku yang lebih diutamakan. 

Persis Istanbul aku datang...

...Hanya sekadar mengisi masa lapang untuk berkongsi cerita ...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket
Photobucket