aku akan cuba untuk menahan diriku daripada menyusahkan orang lain. aku akan menahan masalah aku untuk meluahkan pada orang lain. biar aku menahan segala kesedihan aku dan hanya meluahkan di sini sahaja. kerana disini tempat yang paling sesuai sekali untuk aku bercoret. hanya disini sahaja tempat aku untuk tidak menyusahkan orang disekeliling aku. tidak lagi aku meluahkan pada insan yang aku sayang.. kerana aku dah tak sanggup untuk menyusahkan dia. aku akan cuba.
urmm.. hari ini di office, hati aku rasa tidak sedap dan jantung aku laju sahaja. aku terfikirkan nenek aku di dewan bedah.kali ini nenek aku menjalani pembedahan yang besar. doktor pakar dari KL turut serta dalam operasi ini. hati aku tak tahan untuk meneruskan luahan ini. tapi untuk melepaskan kerisauan aku, kesedihan aku, aku gagahkan untuk menulis coretan ku ini. aku asyik-asyik call makngah. tanya nenek macam mana. nenek still lagi dalam dewan bedah di KPJ. dari pukul 9 pagi hingga 5 lebih petang baru nenek selesai pembedahan. aku rasa tidak sedap hati. hati aku sayu dan badan aku menggigil. lemah lutut aku. maybe aku tak makan dari pagi tadi. tapi petang waktu lunch aku makan roti.
dalam masa sama, tengah aku menyiapkan tugasku, tiba-tiba sahaja aku fikirkan im. aku fikirkan yang aku ini selalu menyusahkan dia. sekali lagi hatiku jantung ku berdegap-degup laju. aku fikirkan im. aku rasa serba salah pada dia. aku sedih. aku ini selfish. tapi semalam bukan aku nak jatuhkan dia, tapi aku nak berikan dia semangat dan sedar. kerana dia bersunggut kemudian dia nak salahkan orang. bagiku bukan niat aku untuk nak buat dia macam itu. mayb cara aku salah. tapi jujur, tak da niat untuk aku buat dia macam itu. lalu aku mengambil telefon aku, aku terus call im. aku rindu dia sangat-sangat. rindu. semalam dapat dengar suara dia malah kami akhiri dengan perbalahan. mungkin aku menganggu dia membuat assingment. tapi aku rindu dia. aku sayang dia. tapi setelah aku buat dia macam itu, aku rasa, hati aku rasa, macam dia dah jauh dari aku. hati aku dapat rasakan macam itu. hati dia dah macam kosong pada aku. ya allah, aku redo..redo apa yang telah engkau putuskan.yang telah engkau takdirkan. apa-apa terjadi aku sayang dia. hanya dia ada di hati aku.
jam menunkukkan pukul 4.56 petang. aku dah sibuk shut down laptop. kemas barang. tepat pukul 5 petang aku bergegas keluar dari office terus aku drive balik rumah. mandi-mandi, siap, aku singgah di mcd seremban dua. berhampiran tesco. kerana lapar sangat, aku hanya terfikirkan mcd sahaja. aku drive truh, dan terus pergi kpj seremban. setelah itu, aku pergi tingkat dua dimana disitu nenek dan saudara-saudara aku ada. tingkat dua adalah tempat icu dan cicu. nenek berada di cicu. tempat selepas pembedahan jantung. aku rehat sekejap, aku makan, kemudian tak habis makan aku berhenti dan masuk bilik nenek di mana nenek di tempatkan. aku tengok nenek.... ya allah.. hati aku sedihnya tengok nenek. meleleh air mata aku. aku sebak aku keluar dari tempat itu, duduk di tempat menunggu. kali kedua aku masuk,nenek dah mula bukak mata. tapi air mata nenek meleleh. menahan kesakitan. aku dapat rasakan kesakitan yang nenek alami. tangan nenek mengosok-gosok bahagian yang sakit itu. nenek seperti hendak memberitahu aku bahawa dia sedang sakit sangat. aku berkata pada nenek. ingat allah nek, selawat. itu sahaja yang aku dapat beritahu nenek. kemudian, nurse berkata pada nenek, wan jangan gosok. nanti luka. ya allah, kurangkanlah kesakitan yang nenek alami itu. ringankanlah beban dia. kuatkanlah semangat dia.
aku tak sampai hati melihat nenek macam itu. hati aku sebak. malam ini tak boleh melawat dia. hanya duduk luar sahaja. tak boleh masuk cicu. ya allah ya tuhan ku, kuatkanlah nenek aku. berikanlah dia kekuatan. semoga dia dapat menempuhinya.. amin
No comments:
Post a Comment