Tuesday, July 12, 2011

Hati hanya mampu menangis sahaja.

aku terkilan sangat dengan ibu. bukan nak burukkan ibu aku. tapi aku terkilan sangat and sedih laa..
mula-mula dia ok lepas aku cakap yang aku nak  jemput mama balik means keluar hospital hantar balik rumahnya di mambau, ibu dah masam muka and lain. aku kesian tengok abah. terkejar sana, terkejar sini. aku just nak tolong jerk. kalau di bandingkan abah and mama, dorang lagi banyak tolong aku dan adik2 aku termasuk ibu. tapi kenapa ibu bersikap begini?? aku terpaksa pekak kan telinga bila ibu membebel bila aku cakap yang aku nak hantar mama.  nak lari pun tak boleh sebab dalam kereta. nak tak nak terpaksa dengar sahaja. 


lepas aku hantar mama balik rumah, aku balik semula KPJ Seremban. mama G.H. at list mama fikir tentang aku. aku baru balik dari kerja, tak makan. nasib baik ada nasi lemak office bagi. alhamdulilah, rezeki aku. aku just makan nasi lemak dan roti jerk. waktu lunch. tapi alhamdulilah, masa berulang alik G.H ke KPJ, KPJ ke G.H, G.H ke mambau,Mambau ke KPJ, aku tak rasa lapar pun. tak selalu aku rasa. cuma letih.betul-betul terasa letih. alhamdulilah, mama dah keluar hospital, dan aku dapat menolong mama. walau tak banyak pun, at list sikit pun jadi. sambung pasal mama fikir pasal aku. mama bagitau abah, kesian kak long tak makan lagi. dia tahu jerk aku tak makan lagi. bagilah dia duit pergi makan. tu yang mama cakap. hurm.thanks mama.kak long sayang mama.terharu dengar ayat tu dari mama. kesian tengok abah dan mama. abah sorang-sorang jerk. xder sapa yang nak tolong dia.hurm. 


kadang-kadang aku terfikir yang aku nie menyusahkan mereka semua termasuk Im. aku nie membebankan mereka. cukup la beban yang mereka tanggung. kalau boleh tak nak aku beratkan beban mereka lagi. kerana aku sudah faham apa yang mereka alami. betapa payahnya hidup ini untuk mereka tempuhi. aku dah tak hiraukan penat yang aku alami nie,lapar, janji aku dapat tolong mereka. ringan kan beban mereka. setiap hari balik kerja aku terus pergi KPJ, malam baru balik rumah kemudian mandi dan terus tidur. sometimes,aku rasa aku lemah sangat. semangat aku jatuh. aku macam tak der mood. jiwa aku kosong. pergi kerja macam rasa kosong jerk. aku ..........ntahlah. tak tahu. nak kan ketenangan.....


sampai KPJ tadi, aku tengok ibu, dah masam. masuk wad nenek, makngah ada bawah lauk sambal sotong dan nasi. makngah bagi aku. aku jadi lupa nak makan. aku masuk lewat coz pergi beli roti ngan najmi, aku masuk jerk bilik nenek, ibu tengah makan nasi dan lauk sotong. aku faham ibu lapar. tapi ibu tahu kegemaran aku sotong. ibu tak pun pelawa aku makan. aku tengok jerk. aku minta, ibu suap. tapi dia lebihkan adik sepupu aku dari anak2 dia. dia panggil adik sepupu aku makan. mi, nak tak?? malu2 pulak. aku yang sebelah dia terasa sangat. sedih tau. hati aku menangis dan berkata2... ibu tak fikir ker anak2 dia?? tak fikir ke anak dia daa makan ke?? kenapa dia panggil adik sepupu aku ?? aty aku menangis. nenek cakap ngan aku, tak makan ker, aku just jawab tak... nanti balik nanti kak long makan maggi. makngah pandang aku, dia tahu suara aku macam nak nangis. aku alihkan pandangan aku. makngah pun tahu kegemaran aku sotong. aku ubat kesedihan aku nie, aku ingat Allah, fikir im. aku ingat im.. ingat uncle.. kalau uncle ada,  mesti aku dah makan. ibu tak jadi macam ini.tak masam muka. malah gembira.


ibu, kak long nak ibu gembira, bukan masam muka.kenapa ibu marah kak long?? ibu marah kak long tolong mama dan abah ker?? ibu tak fikir ker mereka pun banyak tolong kita. lagi pun itu abah kak long. kak long berhak tolong mereka, ibu pun ajar kak long kan tolong menolong.. kena tolong dengan ikhlas. bukan orang lain pun, abah n mama kak long juga. kalau ibu tak suka dorang, ibu jangan libatkan kami sekali. cukup lah dengan apa yang kami lalui semua ini dulu.. 


meleleh air mata aku ketika menulis blog ini. aku tak tak tahu, aku sedih sangat. penat + letih... hurm.. tak der siapa pun yang nak tolong buat aku happy hari ini. hurm.. makngah jerk p makngah dah balik rumah. tak perla,... biar aku ubati luka hati aku sendiri., .
...Hanya sekadar mengisi masa lapang untuk berkongsi cerita ...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket
Photobucket