Monday, July 11, 2011

sedihnya.....

aku kembali lagi. sekarang aku berada di KPJ Seremban. balik jerk kerja pergi KPJ Seremban. tambah lagi mama sekarang wad di hospital seremban. itu lah rutin harian aku. balik jerk kerja singgah GH, kemudian pergi KPJ. tapi hari ini aku tak sempat nak pergi GH sebab nenek aku baru keluar dari buat chek jantung melalu kamera. kiranya masuk kamera dalam badan. keputusannya....... hurm... hanya allah sahaja yang tahu. aku sampai sahaja KPJ, ibu tak sampai hati nak beritahu. uncle yang beritahu kat aku. dia cerita dari A-Z...

jantung nenek so bad.. ada 3 saluran tersumbat. esok buat pemeriksaan lagi dan jumaat mayb pembedahan. ya allah, takut aku dengar. aku baru sahaja kehilangan atuk 22.7.2010. aku tak nak pula kehilangan nenek pada bulan yang sama. dia lah satu-satunya nenek aku yang tinggal sekarang. ya allah ya tuhan ku,,,, lemahnya aku. berikanlah aku kekuatan. tabahkan lah keluarga aku. kuatkanlah semangat nenek aku.

dah la sekarang aku ada masalah. aku tak nak kehilangan 2 orang dalam 1 masa. aku sayang mereka. sayang dia sangat2. walau apa pun terjadi aku tetap sayang dia.. kerana dia, buat semangat aku ada. kerana dia jugalah buat aku jadi tabah.

aku tak ada semangat untuk meneruskan kerja ku di office. aku nak jerk jaga nenek aku. lagi pun di office, xder buat apa2 pun. just tunggu masa rehat n pulang. amat membosan kan. mengantuk pulak tu menghadap benda sama sahaja. PHP pun aku tak lepas lagi. yang basic lepas laa... bila daa sampai bawah2 tu..hampeh. nak tanya akk2 nie, mereka buzy. aku takut aku nie mengangu dia jerk...

sesungguhnya ini adalah dugaan bagi keluarga kami. sembuhkan lah mama dan sembuhkan lah nenek... amin.
...Hanya sekadar mengisi masa lapang untuk berkongsi cerita ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket
Photobucket