Thursday, July 7, 2011

~kubur arwah atuk~



nak kongsi cerita dengan korang semua pasal kubur.. heheh..
ini kubur arwah atuk.
walaupun dah nak masuk setahun dia pergi, tapi aku still rasa macam baru lagi.
rasa macam dia ada jerk.
22/7/2011 ini, pukul 4.30 ptg, 
genaplah setahun dia meninggalkan kami.

hurmm..
tengok kubur, tiba-tiba teringat pasal kematian.
entah bila aku punya giliran, dan macam mana keadaan aku di sana nanti.
bila difikirkan balik, aku jadi takut.
coz aku banyak buat salah, kalau meninggal sempat bertaubat tak per, nie lau x smpat??
ye laa...semua orang ada buat kesilapan.
kita sebagai manusia, xder pun yang sempurna.
wallahualam.

semoga aku meninggal dengan cara yang baik 
dan di terima oleh Allah dan bumi.
amin.

batunya baru jerk buat pada 30/6/2011. 
makngah pilih warna nie sebab tak cepat kotor, coz di situ kawasan banjir.
lagi pun dulu arwah suka warna macam ini.
di sini, tiada pun yang pakai batu macam ini.
kiranya kubur nie lah yang macam ini.
batu dia warna coklat lain.
senangkan, dari jauh dah nampak kubur arwah.
lagipun tempatnya dekat dengan pintu masuk. n tempat khutbah.

kubur ini di Kuala Sawah, dekat ngan rumah nenek ngah.jauh kan...
disini lah keluarga saya yang dah meninggal di kebumikan..
anak arwah atok saya yang first pun ada di sini juga.
just tak kebumikan di sebelah-sebelah jerk.

pada 3/7/2011.
time ini, kami sekeluarga datang melawat dan membersihkan kubur arwah.
kami membersihkan kubur,lap batu tu, letak bunga.
bersihkan kubur maklong. anak arwah atuk yang sulung.
sayangnya aku tak pernah jumpa apalagi makngah aku.
dia meninggal time bayi.

kami juga melawat kubur saudara-saudara kami yang dah pergi dahulu.
kebetulan pada hari itu juga paklang datang dari rawang untuk melawat nenek.
kami pun ajak sekali paklang pergi ke kubur.
paklang berpuas hati juga dengan pilihan makngah.

di sana, tiba-tiba jerk aku rindukan arwah atuk.
nenek kata kat aku, terngiang-ngiang lagi suara atuk memanggil nenek.
aku pun sama, sedih.
awal atuk meninggalkan kami.
Allah sayang kan dia dari kami.
daripada dia terseksa menghidap sakit yang dia alami itu,
better dia pergi.
kami di sini redo walaupun hati sedih dan sayu.

semoga roh arwah atuk Arshad bin Hamid,
ditempatkan di tempat yang beriman
dan di lapangkan kubur,diterangkan kuburnya,
amin.


...Hanya sekadar mengisi masa lapang untuk berkongsi cerita ...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...