“Membilang hari, terasa ingin benar mengecapi suasananya,”
Itulah perasaan kita semua saat ini.
Esok adalah hari terakhir dalam bulan sya'ban dan kita semua akan melangkah ke bulan Ramadhan.
Hari sabtu ini bersamaan 21 Julai 2012, Insya-Allah umat islam akan menunaikan Rukun Islam yang ke 4 iaitu berpuasa di bulan ramadhan.
Ramadhan ini di anggap bulan peperiksaan. Dimana kita menguji kesemua anggota badan kita, tingkah laku kita dan sebagainya. Semuanya kita perlu jaga.
Jika lulus dengan cemerlang maka mereka akan dianugerahi dengan ijazah takwa. Maka, bulan Rejab dan Sya'ban yang lalu menjadi medan persiapan dan persediaan bagi mempersiapkan diri. Persiapan ini perlu agar, Ramadhan dihadapi dengan penuh kesediaan, dan dilalui dengan keyakinan.
Niat puasa untuk sebulan :
Niat puasa seharian :
Anggap lah Ramadan tahun ini ramadan buat terakhir bagi kita. Semoga ramadhan ini dapat kita perhambakan diri seikhlas-ikhlasnya kepada pencipta kita.
ya ALLAH,
andailah ditakdirkan ini ramadhan yang teakhir buat diriku,
kau ampunkan segala kesalahanku,
aku takut untuk menjenguk nerakamu,
aku tahu sesungguhnya engkau maha pengampun dosa hamba-hambamu,
oleh itu Tuhan ampunilah segala dosa-dosa ku,
agar aku ditempatkan bersama orang-orang yang kau kasihi.
aminnnn.
Selamat menjalani ibadah Puasa di bulan Ramadhan buat semua umat Islam di Malaysia.
4 comments:
Salam Ramadhan
selamat berpuasa dik !
tak sabar jugak nie ^^
Nice entry :) btw done follow sini :D
@Iam Yanty
Salam ramadhan kawan-kawan.. :)
thanks sudi follow dan baca.. :)
Post a Comment