Thursday, December 27, 2012

Baju Peplum

Tadi nieya dan ibu pusing satu bandar Seremban cari baju peplum. Sebenarnya dari semalam nieya cari baju tuh lagi. Nieya berkenan kat teminal 1 seremban tuh, ada satu kedai blink2 nama nya. Kain dia lain tau lembut jerk. Kain tak payah gosok. Tapi time nieya pergi malam semalam tutup. Tadi pergi tesco untuk beli baju sekolah adik nieya alang-alang tuh cari laa baju peplum, jumpa tu memang jumpa tapi jenis kain macam tak best. So, nieya cooll down dulu tak putus asa, pergi Jusco seremban 2 pulak. Bayar bil kat pejabat pos. Sambil menunggu tuh pusing pulak satu J.J, jumpa tapi tak berkenan di hati. Kemudian kawan nieya farah call, suruh cepat datang teminal 1 kat kedai yang nieya nak beli baju tuh, sebab tinggal 2 jerk warna merah dan coklat oren gelap macam tu laa... Pukul 7 lebih tadi gerak pergi teminal 1, baju tu dia letak kat bahagian depan dan kat patung, sekali nieya pergi cari baju tu dah tak der. Pusing satu kedai pun tak jumpa, hati dah luluh pedih, sedih jerk, tak puas ati jugak tanya pekerja kedai, dia kata ada lagi dua jerk, happy sangat2 bila mendengarnya. Dengan pantas terus amik warna merah dan bayar. Tak ada tunggu-tunggu lagi. hehe.. muka ada senyum bila dapat baju tuh. Sampai rumah ibu bagi nieya baju peplum yang lawa punya. belakang dia macam berekor. Memang lawa. Baju ibu dulu. So nieya dapat 2 baju peplum untuk hari ini..  Happy tak terkata.. Alhamdulilah...

Baju peplum nie sebenarnya baju lama. Dia just update sahaja. Ala baju arwah Saloma dulu-dulu. Lawa kowt.. Tapi bila nieya pergi tanya kedai baju peplum dorang tak tahu baju apa. Bila tunjuk baju tu baru dorang tau dan tanya kat kita balik nama dia apa?? nieya cakap laa peplum.. haha.. kelakarnya, korang jual korang tak tahu nama nya..

Dan paling seronok hari ini dapat berjalan sakan dengan ibu dan syaidi. Mood ibu pun hari ini ok jerk. Happy sangat-sangat dapat luang kan masa macam ini. Kan best ibu selalu macam ini. :) Thanks ibu. sayang ibu sangat-sangat. Sayang abah jugak sebab bagi duit untuk beli baju peplum. hehe.. :)


Inilah baju yang nieya beli tuh. Baju ini warna merah. Kalau di padankan dengan kain warna oren memang lawa. Warna block. Sesuai sangat. Nampak tak dalam tuh ada kain warna oren. 

Bahagian depan


Bahagian belakang

Inilah baju yang ibu nieya beri pada nieya. Dalam gambar ini tak nampak sangat baju dia macam mana. Tunggu nieya pakai baju ini dan upload dalam blog. Unik baju dia.

Tak sabar untuk ku memakainya.. 


...Hanya sekadar mengisi masa lapang untuk berkongsi cerita ...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket
Photobucket