Saturday, May 18, 2013

kisah baby cat..

Salam.. 
haii kawan-kawan...

Nieya nak share satu cerita yang menyayat hati nieya. Pagi tadi nieya dengan ibu nak pergi beli barang dapur, kat mydin Seremban. Kemudian nak keluar dari kawasan rumah nieya, ibu nieya cakap.. " eh long, kucing, benti2...", nieya pun berhentilah kenderaan dan ibu pun turun dan ambil 'baby cat' tu. Kemudian ibu cakap balik rumah kejap hantar anak kucing ini. Kesian dia sangat2. Dah lah tengah jalan, kemudian tengah panas pulak tuh, bila ibu angkat, mulut dia macam kehausan sangat. Minta air. Kalau tengok dan ingat balik memang sayu dan sedih sangat.

Balik dari beli barang, adik nieya beri dia susu dutch lady tuh kat dia. Memang dia tak nak minum lah cerita nyah. Dia asyik 'miou' jerk. Pastu cari susu ibu dia. Kami beri juga air suam dan susu tuh menggunakan sudu. pastu letak dalam sangkar, dia 'miou' jerk sampai terlena. Tengah dia nak lelap tuh dia sempat lagi mencari candu ibu dia..Macam mana korunk tengok anak kucing nak minum susu dan cari dan tidur begitulah baby cat nie. Memang sedih sekali. Sampaikan kain yang di letak kan dalam sangkar tuh dia buat macam ibu dia. Dia tekan2 kain tuh, pastu duduk macam nak menyusu ngan ibu dia last2 terlelap. Sampai begitu sekali. 

Nieya tak sampai hati tengok dia, nieya dan adik nieya keluar pergi cari botol susu untuk 'baby cat' ini. Balik jerk, terus bagi dia susu. Dia tak nak minum juga tapi kami paksa. Kesian dia tak minum sangat. Asyik 'miou' jerk. 

Malam, barulah dia pandai minum susu dalam botol. Itu pun dah sudah minum susu dia tetap cari mak dia juga. Bila kami lepaskan dia, dia cari mak dia, dah sampai bucu2 kain kusyen dia macam jilat2, Ya Allah, kesiannya.. kamu semua boleh bayangkan tak?? 

Alhamdulilah, malam tadi banyak jugak dia minum susu, dan sekarang dia sedang lena tidur. Nampak nya dia boleh terima hakikat dah. Tapi still dia tidur dalam keadaan dia tengah menyusu dengan ibunya. 

Kami akan jaga 'baby cat' ini. Sebaik yang mungkin. Bila dia tidur rasa rindu sangat ... Rindu nak dengar suara dia, nak main dengan dia.. Walaupun kecil lagi.

dia tengah mencari ibunya


Dah pandai main tolak botol nie dengan kepalanya. 

dah pandai menyusu

minum macam nie jerk sekarang.




...Hanya sekadar mengisi masa lapang untuk berkongsi cerita ...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...