Setelah selamat sampai di J.B, malamnya tu, kami gerak pergi makan di Senibong,
Esoknya pada 7/6/2012 hari Khamis, pagi lagi kami breakfirst di hotel.
muka ngantok.. tidurku di ganggu.. :)
Selepas breakfirst, kami gerak masuk Singapore. Dari hotel yang kami menginap tu dekat laa jugak nak masuk Singapore. Sampai Singapore, kami gerak pergi Vivo city. Dalam itu, kami naik MRT. Macam LRT, tapi di sana panggil MRT. Kami naik MRT pergi Universal Studio.
peta USS |
penuh.. kena lah berdiri |
Universal studio ini macam Genting. Tapi yang best nya permainan dia dan paling best main sahaja apa-apa di dalam itu dengan percuma. Means bayar waktu nak masuk sahaja. Kalau kat Genting bayar time nak masuk, pastu kat dalam itu nak main setern part tuh kena bayar lagi kan.. Yang ini tak payah.. Sekali masuk jerk.
4 orang sekali masuk dalam $3 ratus lebih. Duit Singapore. Kalau di tukar kat Malaysia??
ketika membeli tiket MRT di Vivo mall |
Tiket masuk Universal Studio |
tiket masuk Singapore, Autopass. Skali dengan car park. |
beratur nak naik kereta transformers |
naik kereta ini |
animasi 3D |
Kemudian main roler coster. Nak jatuh lah jantung ini. Dia sekejap sahaja tapi dia punya effect... ish2..
Main roler coster mummy. Kemudian kami melihat bagaimana mereka membuat movie. Melihat movie 4D. Kartun shark. Beratur dia tak makan masa yang lama. Berbeza dengan Genting. Genting ada banyak jugak mainan yang tak dapat main disebabkan beratur, tapi kalau dekat USS ini, hampir semua dapat main. Just larat dengan tak larat jerk. Mainan terakhir kami main ialah Jurassic park. Iaitu naik dalam boat. macam naik boat yang kat sungai tu. Macam di bawah ini.
Of course lah kami basah kuyup. Ada setengah tempat tak basah, tapi nieya basah kuyup. Pastu dalam pukul 3 lebih petang kami dah out. Keletihan. Dengan basah kuyup nya.. Tak selesa.. Dia ada tempat pengering tapi kena bayar. So nieya amik tempat kering semula jadi..
tengah kuyup, mengeringkan baju. |
Kami menunggu pukul 4.30 petang untuk tengok show di Waterwall. Kami berehat di bahagian mummy. Memang out habis. Kepenatan. Tak larat mau berjalan.
jom tengok video ini.. :
Kemudian kami pusing-pusing dalam USS tu sambil bergambar dengan artis2 yang datang serta model..
di hadapan USS |
pelakon mummy |
bersama model |
bersama pelakon disney |
bersama carli caplin |
Nieya ternampak lah satu kedai ni. Kedai kegemaran nieya.. Kedai candylicious. Apa lagi terus tarik tangan ibu untuk pergi situ. Bila dah sampai hanya mampu tengok sahaja coz mahal sangat. Al-maklum lah bila dalam USS kan, tambah lagi duit mereka besar. So nieya dapat paw ibu gula-gula lolipop.
Keluar dari USS kami lepak di Vivo city, tunggu uncle sampai. Lawa sangat mall dia.
Atas mall bahagian luar siap ada kolam macam KLCC pastu pemandangan dia.... Nampak laut.
kelaparan.. melantak laaa.. |
Bila malam menjelma, selepas kami membersihkan diri, kami pergi lepak di Marina Barrage.
Sebenarnya dah out daa, keletihan tapi oleh kerana masa untuk kami berada di sana sangat suntuk, so kami terpaksa gagahkan diri untuk keluar jalan-jalan pusing bandar Singapore. Bila malam bandar dia tak mati. Still ramai orang lagi walaupun jam menunjukkan pukul 2 pagi.
Cukup lah sampai di sini dulu nieya update. Penat laa.. Nanti nieya sambung part 2 pulak ...
Semoga kawan-kawan terhibur dengan percutian nieya ini.
Walaupun sekadar membaca, tapi manalah tahu bila ada rezeki kawan-kawan boleh lah pergi.
Update seterusnya McCafe dan Singapore part 2
3 comments:
seronoknya dapat g universal studio~~ :)
@Yana Libra
seronok mmg seronok.. tpi letih.. hehe.. pns..
lompat si katak lompat
Post a Comment